GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suamiku Paling Sweet!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Suamiku Paling Sweet | Suamiku memang sweet. Tak mampu nak cerita betapa sweetnya dia... Kalau cerita nanti... Takut ada yang kena kencing manis pula kan...

Sekali lagi terjebak dengan drama pukul 7... Lepas 7 Hari Mencintaiku, dah tak tengok la drama pukul 7.. Sekali drama suamiku paling sweet ni buatkan MF kembali layan drama TV.

Bab sweet suami isteri layan gak la.. Tapi sebab pelakonnya pun Best... Tu yang layan...


Sumber: google images

Sedikit Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah).

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey.

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin.

Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin.

Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?


Apa pun boleh agak la sebenarnya.. Cuma nak tahu juga jalan ceritanya... Lagi pun MF tak layan novel... Tak dan dah...

Walaupun drama ni tak se'sweet' suami MF.. Haha... Tapi boleh la tengok adegan sweet tu... Bagi yang dah kahwin bagus tengok... Sebab boleh belajar macam mana nak jadi sweet.. Yang belum kahwin tak digalakkan sebab nanti dok angau nak cari lelaki sweet macam tu pula... Jenuh la kan...

Apa pun boleh la sekadar nak layan... Lagipun dah takde drama best untuk dilayan sekarang ni.. Ini je la satu-satu drama yang MF layan tv... Sesekali kan.. Asalkan tak abaikan yang wajib sudah...

3تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ