GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buruk Siku | Dah Bagi Ambil Balik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buruk Siku | Dah Bagi Ambil Balik! | Buruk siku adalah satu simpulan bahasa Melayu yang bermaksud, ambil semula sesuatu pemberian yang kita telah beri pada orang lain. 

Apa hukum buruk siku dalam Islam.?


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَقِيءُ ثُمَّ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ

Dari Ibnu 'Abbas RA berkata; Nabi SAW bersabda: "Orang yang meminta kembali apa yang telah dihibahkannya (dihadiah) bagaikan anjing yang muntah lalu menjilat (memakan) kembali apa yang dimuntahkannya ke dalam mulutnya".(HR Bukhari No: 2400) Status: Hadis Sahih


Buruk Siku | Dah Bagi Ambil Balik!

Dah Bagi Ambil Balik!


1.  Antara cara mengeratkan hubungan ukhuwah dan kasih sayang dengan orang lain ialah dengan cara saling memberi atau berhadiah.

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Dari 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al Khurasani berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian saling berjabat tangan, niscaya akan hilanglah kedengkian. Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (HR Malik No: 1413)

2.  Sesuatu yang telah dihadiahkan, dilarang untuk diambil kembali.

3.  Orang yang mengambil kembali sesuatu yang telah dihadiahkan kepada orang lain seumpama anjing yang memakan muntahnya sendiri.

Istilah orang kita bagi orang yang ambil balik apa yang diberikan kepada orang lain ialah buruk siku... Lepas hadiahkan lepas tu minta balik...

Rupanya buruk siku adalah satu larangan dalam Islam dan ada dalil yang sahih...

Maknanya, perangai ambil balik hadiah yang terah diberikan kepada orang lain tu bukan sahaja buruk dan melanggar tatasusila masyarakat kita tetapi satu tegahan dalam Islam...

Jadi, dah bagi hadiah kat orang tak payah nak minta balik... Apatah minta dibalas... Berilah dengan ikhlas... Kerana itu lebih baik di sisi Allah...

2Ulasan

  1. yup..betul tu..jangan jadi orang yang buruk siku

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. Seboleh-bolehnya elak bergaul dgn org mcm ni. Nanti kita yg sakit hati

    http://www.fatindays.com/

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ