GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Budak 90-an Cari Jodoh dan Kawan Guna 4 Website Aplikasi Ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teknologi sekarang bukan sesuatu adalah evolusi dari teknologi yang lama...Tak de baru takdelah yang lama... 

MF tak pernah duga yang jodoh MF dari internet... siapa sangka minat berchatting dapat jodoh... dah 3 anak pun sekarang.. hehe...

Zaman dulu takde smartphone... jadi, chatting sepenuhnya guna internet di Cyber Cafe.. bagi yang berada ada la komputer dan internet di rumah... tapi zaman dulu, internet sangat mahal.. 

Itulah teknologi yang ada zaman tu... tapi semua tu jadi kenangan je la... sebab semuanya dah berkubur seiring dengan perkembangan teknologi yang ada... 


Biasalah hari ini kalau dengar pasangan kekasih yang 'berjumpa' melalui smartphone apps seperti WeChat, Facebook, instagram, Twitter, Tinder... Tapi bagi kategori remaja 90-an, mesti kamu pernah usha awek/pakwe guna apps paling lejen ni kan?

Jom mengimbau kembali pada zaman 90-an yang ketika itu tidak ada lagi lambakan media sosial seperti hari ini. Pada waktu itu, ramai yang sanggup ikat perut nak save duit belanja sekolah semata-mata nak kumpul RM3.50 (sejam) untuk ber'chatting' di kafe-kafe siber... tapi MF mula chatting lepas masuk U... zaman sekolah tak bercinta ok!

Ada juga  yang bertemu jodoh di aplikasi sosial tersebut dan kini sudah pun mengecap kebahagiaan bersama pasangan. Remaja 90-an mesti ingat punya kan...

1.    mIRC


Aplikasi ini dicipta pada tahun 1995 dan menjadi ruangan chat yang paling popular pada ketika itu. mIRC mempunyai ruang channel di mana kamu boleh mencari seberapa banyak kenalan dan biasanya perbualan akan dimulakan dengan ASL iaitu age, sex dan location.

Selepas mengetahui maklumat seperti umur dan jantina, maka disitulah bermulanya sesi perkenalan anak muda zaman itu. Antara channel yang  paling popular dalam aplikasi ini adalah Kampung dan Mamak.

Carian ini juga popular dengan nama samaran yang pelik-pelik seperti bungacempaka89, abanggersang78 dan adikmanja93.

Tak ingat dah.. guna nickname apa... hehe... tapi memang banyak nama yang kelakar... mIRC ni masih ada hingga sekarang... kalau nak try.. boleh ke link ini: http://www.mirc.com

2.    Yahoo! Messenger

*BUZZ!*
Dikenali juga sebagai YM, merupakan ruang chatting popular yang disediakan oleh Yahoo!. Aplikasi ini dilancarkan pada Mac 1998 secara percuma dengan hanya diakses menggunakan Yahoo! ID. YM cepat meraih populariti kerana ketika itu kebanyakan orang memang menggunakan emel Yahoo!  dan aplikasi ini mempunyai fungsi berkongsi fail yang sangat user-friendly.

Teramat popular di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi pada waktu itu kerana di IPT ada wifi free. Selain untuk bertukar-tukar nota assignment (kononnya) bersama rakan-rakan, ramai jugalah yang menghuni ruang chat Yahoo Messenger untuk mencari 'kenalan' baru. Namun, pada tahun lepas Yahoo! mengumumkan bahawa YM telah dihentikan buat selama-lamanya. #throwback

Dari YM ni sebenarnya MF banyak belajar mengenai bisnes ONline dan bisnes MLM pada zaman belajar di Universiti... dapat ramai kawan... dan kenal pelbagai jenis manusia... dan jangan tak tahu, semata-mata nak jimat topup, kami satu kolej boleh guna YM untuk pesan sesuatu dengan kawan... 

3.    MySpace

Dilancarkan pada tahun 2003 dan menjadi ruang jaringan sosial paling popular di Amerika Syarikat pada Jun 2006. Aplikasi ini digilai oleh para remaja dan tanya sahaja pada pelajar-pelajar sekolah ketika itu, rata-rata daripada mereka mempunyai akaun MySpace. Sangat popular di kalangan remaja untuk discover muzik terbaru dan alternatif, kerana di sinilah ruangan untuk kebanyakan artis indie seperti Yuna mempamerkan karya mereka dan membina followers.

Habis sahaja waktu sekolah, pasti akan ke cyber cafe untuk meluangkan masa bersama-sama rakan MySpace pula. Tak cukup dengan itu, jika waktu kelas komputer pada sesi persekolahan, pasti kamu dapat melihat ada di antara mereka yang curi-curi untuk membuka akaun MySpace ini. Banyak juga cinta yang berputik hasil perkongsian minat yang sama.


4.    Friendster

PALING LEJEN!

Antara perkara paling seronok di Friendster ialah korang boleh design profile kepada pelbagai tema dan effects. Perkara normal kalau profile budak perempuan menggunakan wallpaper yang comel atau berwarna pink. Siap ada cursor effects lagi! Benda paling dinanti-nantikan pula ialah testimonial, senang cerita komen pada gambar atau profile. Korang jugak boleh tahu siapa yang melawat profile korang, jadi senanglah nak tahu kalau crush korang masa tu minat juga kat korang.

Pada tahun 2008, 90 peratus pengguna Friendster adalah dari Asia dan pada ketika itu, laman sosial  ini mempunyai pengunjung bulanan yang lebih ramai daripada jaringan sosial lain. Menurut Alexa, 10 negara teratas yang sering mengakses Friendster adalah Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Pakistan, UAE, Sudan, Korea Selatan, Bangladesh dan India. Wah, bukan hanya orang Malaysia, malah kamu juga boleh cari jodoh orang luar negara ya.

Pada tahun 2003, Google menawarkan $30 juta untuk mengambil alih Friendster namun telah ditolak. Ia menjadi kesilapan terbesar Friendster kerana tak lama selepas itu, Facebook mula menguasai laman sosial di internet. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Friendster berkubur pada tahun 2015.

Olahan sumber: Karangkraf.com

Itulah 4 website chatting popular bagi remaja 90-an... semuanya dah tinggal kenangan je... takde dah... dan MF jumpa jodoh di MyKawan.com... dan malangnya website kelolaan rakyat tempatan tu pun dah berkubur juga... jadi, takdelah kenangan chatting masa tu.. tak teringat pula nak printscreen waktu tu untuk buat kenangan... gambar kat Friendster, dan mykawan pun dah takde... sayang juga la.. 

Sebab tu juga MF tak lagi simpan gambar di internet.. sebab orang yang mengelolakan website tu bila-bila je dia boleh tutup atau ubah kan... Jadi, simpan gambar di internet bukan satu langkah yang baik sebenarnya... 

3تعليقات

  1. hahaha.. suma pernah guna even time tu sek rendah..

    ردحذف
  2. Wahh, nie suma memang lejen, la... hihi.. habis jea buat keja sekolah mesti pegi ke CC untuk berchatting selama dua jam, sanggup simpan duit belanja untuk berbelanja di CC..

    ردحذف
  3. keempat2 apps diatas tu dah takde sambutan lg kan. now zaman facebook, instagram, wechat..

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ