GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 PETUA MUDAH BERSIHKAN PERIUK HANGIT DAN MELEKAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Periuk terhangit.. itu biasa... bila mula multitasking kat dapur... takpun.. sambil masak layan Facebook... haha... tapi tak susah mana nak bersihkannya... yang pasti rendamkan dengan air... dan untuk bersihkannya boleh guna 8 petua ini:


Sumber: google images

Baking Soda/Serbuk Penaik
Ambil 1 sudu baking soda, masukkan dalam periuk dan rendam beberapa jam Kesan hangus akan menjadi lembut dan bolehlah dicuci seperti biasa..

Cuka makanan campur Soda Bikarbonat
Rendamkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan secawan cuka. Didihkan Perhatikan kesan hangus akan mula tertanggal. Padamkan api dan campurkan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kerak hangus tertanggal. Tambahkan lagi soda bikarbonat jika perlu. Cara ini sesuai untuk kesan hangus yang nipis seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

Garam dan Limau
Perahkan beberapa biji limau (ikut besar periuk dan kuali) kemudian campurkan sesudu garam. Biarkan lebih kurang satu jam. Sental dan cuci seperti biasa.

Garam
Didihkan garam bersama dengan bekas yang hangus tadi. Bila mendidih perlahan-lahan kacaukan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan kerak tertanggal teruskan kacau. Jika tidak, biarkan beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal sendiri.

Tomato
Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato didalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci.

Minuman berkarbonat
Sesuai untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Rendamkan bekas yang hangus dengan minuman berkarbonat.Biarkan dalam beberapa jam atau semalam untuk kesan yang cepan. Nampak kan... minuman berkarbonat boleh cuci karat, camne lah orang boleh telan minuman ni... nak sental usus agaknya kan... huhu

Cuka
Caranya masukkan air secukupnya kedalam bekas yang hangus. Masukkan secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau sehingga kerak tertanggal. Jika kesan kerak tidak terlalu serius, selalunya cara ini amat berkesan

Garam Kasar dan Minyak
Selepas memasak, dan ketika periuk masih  panas rendamkan terus ke dalam air. Cuba basuh dan bilas dan cuba tanggalkan kerak hangus seboleh mungkin. Ambil segenggam garam kasar  dan ratakan keseluruhan permukaan dalam kuali dan periuk sambil menyental lagi sehingga kerak hangus tertanggal. Bilas dan lap sehingga kering. Panaskan semula kuali dan periuk tersebut seketika. Kemudian sapukan minyak ke bahagian dalam kuali dan periuk menggunakan berus.

Kredit: Karangkraf.com

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ