GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Langgan Celcom First Gold Plus Untuk TP-Link MiFi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulilah... Semalam 1 Disember 2016 tamat sudah perkhidmatan Yes 4G... Cukuplah 2 tahun ikut kontrak langganan... Selesai dah tamatkan kontrak Yes... Urusan yang mudah...

Tapi MF ada dua Hundle Yes 4G, yang satu tu prepaid je... Dapat masa beli kereta Proton Exora... Jadi, simpan je yang tu.. kalau rasa nak guna boleh topup je... Tapi tak rasa nak guna sebab banyak pilihan lain lagi untuk langgan internet ni.

Sebelum tamat kontrak ni dok bincang dengan suami.. nak ambil plan internet apa pula.. kalau boleh nak ambil Streamyx atau Unifi... Tapi dapat review Streamyx area tempat tinggal kami ni tak laju... Unifi pula takde coverage... Jadi kena fikirkan sesuatu yang jimat dan berbaloi.


Akhirnya dapat idea mudah... Guna MiFi pula la senang.. beli MiFi dan beli mana-mana sim kad yang ada plan internet postpaid murah...

Memula ingat nak langgan Yes 4G postpaid... Kemudian cari pula dan bandingkan pula harga setiap telco... Akhirnya kami langgan Celcom First Gold Plus... Dengan 40GB sebulan dengan bayaran langganan RM103.90 termasuk GST. kalau takde GST RM98 je kena bayar bulanan.

Misi mencari MiFi pula dah kami buat survey melalui Lazada dan 11street... Banyak MiFi yang ada dijual... Jenama yang boleh dipercayai antaranya TP-Link, D-Link, ZTE, HUAWEI. Ada beberapa jenama lain... Harga pula bergantung kepaa jenisnya... Jika untuk 3G lebih murah berbanding MiFi yang support 4G LTE.

Jadi, segala urusan ni kami selesaikan masa singgah KL balik dari bercuti di Kedah baru-baru ni... Kami singgah di Setapak Central... Beli MiFi dan daftar Celcom sekali...

Mudah guna MiFi ni...sebab kita boleh je tukar mana-mana plan internet melalui sim kad yang ada... Setakat ni guna Alhamdulillah ok la... Connection ikut tempat... MiFi TP-Link yang kami beli ni...boleh tahan 8 hingga 10 jam baterinya... dan boleh connect 10 device... Boleh control modem MiFi ni guna aplikasi yang boleh di download di Play Store... Kita control dan boleh sekat mana-mana connection yang meragukan serta boleh check data penggunaan serta status bateri dan SMS. Mudah nak urus. Itu untuk jenama TP-LINK la.. jenama lain MF tak pasti...

Setakat ni line Celcom kat tempat MF ni boleh tahan la sebab ada 3G je.. tapi lepas juga en.somi layan 2 movie semalam... tanpa buffering..yang bestnya 2 movie luak 1GB je... haha.. jimat betul.. bila nak habis 40 GB agaknya... memang layan online je la lepas ni... ingat nak beli Digi prepaid pula try,..haha.. mana tau kan.. UMobile pun semput juga kengkadang... Tapi boleh la guna.. setakat nak berblog tu memang lepas sangat... Takde masalah...

Jadi, buat yang pening nak pilih plan internet.. cara ni berkesan jika tak nak terikat dengan kontrak plan internet mana-mana... Celcom tu ambil pun sebab takde kontrak la.. boleh tamatkan bila-bila je... Sekali beli je... Dan terus pakai.. kalau nak beli sim kad topup pun boleh..cukup bulan request... Kan..mudah...

0Ulasan