GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 Rahsia Untuk Mencapai Rumahtangga Yang Sakinah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)






4 Rahsia Untuk Mencapai Rumahtangga Yang Sakinah

Mencari Sakinah (ketenangan dalam berumah tangga) :

1) Betulkan niat - Nikah bukan sekadar untuk tuntutan nafsu, bahkan sebagai tuntutan ibadah.
Ini yang perlu diperbetulkan dari awal.. Betulkan niat... Nikah bukan sekadar untuk elak maksiat...bukan kerana cinta...tapi niatkan kerana Allah..  

2) Bertoleransi (Tasamuh)
Bertolak ansur dalam segala hal... Kewangan, kerja rumahtangga, hal anak, giliran balik kampung dan lain-lain. 

3) Berkomunikasi sekiranya ada masalah (Musyawarah)
Amalkan mesyuarat sebelum tidur... Bila anak-anak dah tidur, ambilkan sikit masa untuk musyawarah... Tinggalkan dunia sosial luar, gadjet kerja dan segala hal yang tiada kena mengena dengan rumahtangga. 

4) Sabar dan syukur di atas setiap taqdir yang berlaku.

"َ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا"

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

(Surah Al-Furqan: Ayat 74)

Redha dalam segala hal... Susah senang terima dengan redha dan usaha bersama untuk menjaga keharmonian rumahtangga. 

Rujukan: myjakim@telegram


1تعليقات

  1. Amin...amin...amin...moga setiap pasangan suami isteri saling berusaha untuk menjaga Allah terlebih dulu untuk mendapat kebahagiaan ..

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ