HUKUM MEMAKAI TANGKAL / BENANG HITAM PADA BAYI

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Walaupun zaman dah moden dengan teknologi, tapi masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang suka gantungkan kain hitam atau pakaikan kat lenganbayi. MF pernah tengok dan kat kampung MF masih ada lagi yang amalkan cara ni. 

Biasanya, bayi yang dipakaikan tangkal atau benang hitam ni, bayi yang selalu menangis atau sawan tangis atau juga bayi yang selalu sangat sakit-sakit... MF tak pasti apa yang diletakkan dalam kain hitam tu... tapi macam seram je kan... 

Disebabkan kebiasaan amalan ataupun adat setempat, ramai yang tak ambil kisah dan anggap perkara tu biasa...Tapi yang pasti setiap amalan tu mesti kena rujuk hukum syarak juga kan... Apa hukumnya menggantungkan rantai atau benang hitam pada bayi??? Adakah ianya dibolehkan dalam Islam?

Sumber: google images


Jawapan:
Perbuatan ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu dengan memakaikan benang hitam sebagai tangkal atau ikhtiar bagi mengelakkan bayi terkena gangguan atau pendinding untuk bayi.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Wallahu’alam….
Sumber: Daie Media Sosial

Jadi, bagi yang tahu, mohon tegur-tegurlah golongan mak cik-mak cik yang kadangkala niatnya nak bantu rawat anak kita... tapi kalau rawatan rukyah, perubatan Islam tak jadi masalah... asalkan jangan guna rawatan berunsur pujaan. Tapi kalaupun rawatan guna ayat suci al-Quran, tak perlulah baca kat kain atau tangkal dan gantung pada bayi..cukuplah baca pada air atau minyak dan sapu... dari gantung tangkal. Macam mak MF ada buatkan minyak celak, iaitu minyak yang dibacakan ayat suci..disapu pada bayi kalau waktu bayi dalam pantang nak keluar rumah takut terkena gangguan... Tapi MF jarang sapu.. lagipun MF sapu minyak kasturi Anugerah... selain tu baca sendiri ayat kursi.. mohon perlindungan Allah... itu lebih baik... amalan tu penting..dari pergantungan kepada benda-benda macam tu kan.. takut jatuh khurafat dan syirik pula.. nauzubillah... 

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Sha pernah mengalami masalah ini..
    Nak cakap tak sampai hati.. Mak mertua kan.. Mujurlah anak sha memang tak suka..
    Jadi dia buang sendiri.. alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Nice sharing sis.. Memang betul ada ibu2 yang masih pakai tangkal benang hitam nie, tapi rasanya mungkin dah berkurangan atau takde langsung yang pakaikan tangkal nie sebab masing2 dah tahu hukum agama... =)

    BalasPadam
  3. First time dengar pasal tangkal benang hitam bayi ni. Sebab dlm keluarga saya, takde sape pun yg buat. Kalau anak sakit atau kuat menangis pun, cuma baca ayat-ayat suci.

    BalasPadam
  4. entah ler..makcik2 ni x nk dgr..still percya ..aduii

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !