Warna Ungu: Hanya Boleh Dipakai Oleh Orang Tertentu?

Maria Firdz
8
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Warna Ungu: Hanya Boleh Dipakai Oleh Orang Tertentu?

Warna ungu mempunyai sejarah yang panjang dalam masyarakat silam barat. Raja Parsi bernama Cyrus mengisytiharkan warna ungu sebagai warna baju seragam beliau.

Malah dua orang maharaja Rom - Julius Ceaser dan Augustus Ceaser, menghadkan warna ungu untuk kegunaan urusan diraja dan keagamaan sahaja (dipakai oleh paderi). Rakyat biasa yang memakai warna tersebut akan dikenakan hukuman mati oleh pemerintah terkenal empayar Rom ini.

Sifat elit dan eksklusif ini adalah disebabkan pencelup warna ungu amat sukar didapati pada zaman tersebut. Pencelup yang digunakan untuk membuat warna ungu dikatakan hanya datang dari bandar perdagangan Phoenicia Tirus, yang kini berada di Lubnan.

Peniaga kain memperolehi pencelup warna ungu ini daripada moluska kecil (sejenis siput) yang hanya ditemui di rantau Tyre di Laut Mediterranean. Adalah dipercayai sebanyak 250,000 siput diperlukan untuk menghasilkan satu auns pencelup berwarna ungu ini.


Berdasarkan sejarah yang panjang ini, warna ungu membawa mesej:
+ bangsawan
+ kemewahan
+ kuasa
+ unik
+ misteri
+ tinggi kerohanian

Warna-warna ungu dalam gambar berikut, yang mana yang anda sukai?

Sumber: #PuanMary #GuruImej #TipPilihWarna

Jadi, ada tak ciri tu dalam peminat tegar warna ungu ye...

Dalam keluarga MF, suamilah antara peminat tegar warna ungu... Boleh kata warna ungu la yang paling cantik kat mata dia...

Warna kegemaran tu juga dah berjangkit kat anak yang nombor dua... Sampaikan tak nak pakai baju warna lain melainkan warna ungu sahaja...  Stress juga sekali sekala sebab meraung kalau tak dapat pakai baju warna ungu... Hehe
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !