GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Memberi Nama Gelaran dan Panggilan Anak Syurga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah viral dan kecoh pasal nama gelaran waktu ni... Pasal #anaksyurga. MF terbaca juga viral post tu semalam di Facebook... Siap bertekak, bergaduh juga mak-mak ni bagaikan keyboard worrior nak pertahankan pendapat masing-masing... Adehh... Be matured la mak-mak... Isu kecil je pun... 

Jadi, sebagai blogger, isu ni buatkan MF mula research pasal nama gelaran. MF pun pernah belajar Fiqh dan hukum pasal nama gelaran ni satu ketika dulu. Jadi, MF nak kongsi kat sini, hukum memberi nama gelaran kepada seseorang. Tak kira la anak ke, orang lain ke atau sesiapa sahaja. Dan MF pasti setiap orang ada nama gelaran masing-masing kan. 

Larangan Memberikan Laqab (Gelar) yang Jelek/Buruk

Allah ta’ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [QS. Al-Hujuraat : 11].

عن أبي جبيرة بن الضحاك قال : فينا نَزلتْ - في بنى سلمة -  ( وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ )  قال : قَدِمَ عَلينَا رسولُ الله صلى الله عليه وسلم وليسَ مِنَّا رَجُلٌ إلا لَه اسمَانِ ، فَجَعَل النَّبيُ صلى الله عليه وسلم يَقولُ : ( يَا فُلان ) فَيقولُونَ يا رسول الله إِنَّهُ يَغضَبُ مِنهُ

Dari Abu Jubairah bin Adl-Dlahhaak ia berkata : “Firman Allah ta’ala : walaa tanaabazuu bil-alqaab turun kepada kami dan Bani Salamah”. Ia kembali berkata : “Ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi kami, tidaklah seorang pun di antara kami melainkan mempunyai dua nama. Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Wahai Fulan”. Maka mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia marah (dipanggil dengan nama itu)”  [HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad no. 330, Abu Dawud no. 4962, Ibnu Majah no. 3741, dan yang lainnya; sahih].

Haram hukumnya memberikan laqab (gelar) yang buruk dan saling memanggil dengannya. Jika laqab tersebut mengandung pujian (yang tidak berlebihan) dan orang tersebut menyukainya, maka diperbolehkan. Ini dapat dibuktikan dari perbuatan Rasulullah s.a.w yang memberikan laqab (gelar) kepada beberapa orang shahabat, seperti Amiinul-Ummah kepada Abu ‘Ubaidah, Dzul-Janaahain kepada Ja’far bin Abi Thaalib, dan yang lainnya r.a.

Al-Imam An-Nawawiy rahimahullah berkata :

واتفق العلماء على تحريم تلقيب الإِنسان بما يكره، سواء كان له صفة؛ كالأعمش، والأجلح، والأعمى، والأعرج، والأحول، والأبرص، والأشج، والأصفر، والأحدب، والأصمّ، والأزرق، والأفطس، والأشتر، والأثرم، والأقطع، والزمن، والمقعد، والأشلّ، أو كان صفة لأبيه أو لأمه أو غير ذلك مما يَكره‏.‏ واتفقوا على جواز ذكره بذلك على جهة التعريف لمن لا يعرفه إلا بذلك‏.‏‏

“Para ulama sepakat diharamkannya memberikan laqab (gelar) pada seseorang dengan gelar yang ia benci, baik gelar tersebut diambil dari sifatnya seperti : Al-A’masy (si rabun), Al-Ajlah (si botak), Al-A’maa (si buta), Al-A’raj (si pincang), Al-Ahwal (si juling), Al-Abrash (yang mengidap penyakit kusta), Al-Asyaj (yang kepalanya luka), Al-Ashfar (si kuning), Al-Ahdab (si bungkuk), Al-Asham (si bisu), Al-Azraq (si biru), Al-Afthasy (si pesek), Al-Asytar (si cacat), Al-Asyram (si sumbing), Al-Aqtha’ (si buntung), Az-Zaman (si pengidap penyakit yang tidak akan sembuh), Al-Maq’ad (yang selalu duduk), dan Al-Asyal (si lumpuh); atau menjulukinya dengan sifat ibu atau bapaknya atau julukan lainnya yang tidak ia senangi. Namun para ulama sepakat tentang kebolehan memberikan laqab (julukan) seperti itu jika seseorang tidak dikenal melainkan dengan laqab tersebut” [Al-Adzkaar oleh An-Nawawiy, 2/342; Maktabah Nizaari Mushthafa Al-Baaz, Cet. 1/1417 H].

Google images

Memberi Gelaran/Nama Panggilan kepada Anak Kecil

Diperbolehkan memberikan kunyah kepada anak kecil, sebagaimana tertera dalam hadits :

عن أنس بن مالك قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أحسن الناس خلقا وكان لي أخ يقال له أبو عمير قال أحسبه قال كان فطيما قال فكان إذا جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فرآه قال أبا عمير ما فعل النغير قال فكان يلعب به

Dari Anas bin Maalik r.a, ia berkata : “Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaqnya. Dan aku mempunyai saudara lelaki yang dipanggil Abu ‘Umair yang aku rasa waktu itu sedang dalam tempoh putus tempoh penyusuan. Apabila Rasulullah s.a.w datang dan melihatnya, beliau menyapanya : “Wahai Abu ‘Umair, apa yang terjadi pada An-Nughair (si burung pipit kecil)?”. Waktu itu ia sedang bermain dengan nughair” [HR. Al-Bukhari no. 6129,6203; Muslim no. 2150; Abu Dawud no. 4969; At-Tirmidzi no. 333,1989; Ibnu Majah no. 3720; Ibnu Hibbaan no. 2308, 2506; dan yang lainnya].

Berdasarkan dalil nas diatas jelaslah, hukum memberi gelaran buruk tu haram... Tapi bagaimana pula dengan gelaran "anak syurga"?

Adakah boleh atau tak boleh??? Mana dalil??? Adakah tak bagus??? Adakah Anak syurga tu khas untuk anak yang dah tentu masuk syurga sahaja??? 

Baiklah... MF nak kongsikan sikit kisah seorang ustazah yang mendidik anak-anak muridnya yang agak "nakal" [tak suka guna perkataan ni sebenarnya, tapi nak bagi mudah faham kan... terpaksa guna juga]... 

Cara didikan Nabi terhadap anak-anak iaitu memberi pujian, nasihat dan teguran serta panggilan yang baik... MF petik sikit apa yang tertulis dalam blog Ustazah Siti Khadijah ni ye... 

Memang pada minggu lalu saya membahasakan panggilan untuk para pelajar tahun 4 Mutiara sebagai ‘anak-anak syurga.’ Ketika kali pertama memanggil mereka dengan panggilan ‘anak-anak syurga’, mereka bertanya. 
Kenapa ustazah panggil kami ‘anak-anak syurga’? 
Syurga itu suatu tempat yang sangat cantik dihuni oleh oleh orang baik-baik. Sementara ‘anak syurga’ adalah merupakan panggilan untuk anak yang baik-baik. Anak yang mendengar kata dan sangat baik dengan guru. Ustazah lihat, kamu semua ada ciri-ciri itu. Kerana itu ustazah mahu panggil kamu ‘anak-anak syurga’ biar nanti kamu akan benar-benar dapat masuk syurga.” Balas saya apabila mereka bertanya pada minggu lalu. 
Apa sahaja yang mereka lakukan semasa sesi P&P pada minggu lalu, saya akan menyebut, 
‘anak syurga begitu…’
‘anak syurga begini…’ 
Ini membuatkan mereka seronok dipanggil dengan panggilan tersebut. Hari ini, saya benar-benar terlupa mahu memanggil mereka sebagaimana panggilan pada minggu lalu. Sama sekali saya tidak menyangka Faizal masih mengingati panggilan tersebut dan menuturkan kata-katanya sebentar tadi. 
Saya lantas memuji ingatan Faizal tersebut yang mengingati sikap atau ciri anak-anak syurga yang pernah dinyatakan minggu lalu. Pujian saya masih seperti biasa mengikut format pujian Teknik Nabi sebagaimana di atas. 
Bagus! Anak syurga bukan hanya mengikut kata-kata guru, anak syurga juga sentiasa mengingati pesanan guru mereka. Sukanya ustazah apabila ada yang mahu ikut dan ingat pesanan ustazah. Ini yang membuatkan ustazah mahu masuk selalu kelas ini.”

Faizal si pengirim mesej cinta alias ketua kelas 4 Mutiara senyum tersipu, tetapi gembira. Kemudian saya kembali mengulangi panggilan bagi semua pelajar tahun 4 Mutiara sebagai ‘anak-anak syurga’.

“Anak-anak syurga!” Sapa saya.

“Saya, ustazah.” Balas mereka beramai-ramai.

“Siapa di dalam kelas ini mahu jadi anak-anak syurga?”  Tanya saya lagi.

“Saya, ustazah.” Serentak jawapan mereka.
“Bagus, anak-anak syurga akhlaknya baik. Dia akan ikut semua kata guru. Siapa mahu ikut cakap ustazah?” Sengaja saya bertanya lagi.

“Saya…saya…saya.” Jawab mereka lagi 
“Bagus, doa ustazah kamu semua akan jadi anak-anak syurga yang baik. Boleh anak-anak syurga ustazah yang baik dalam kelas 4 Mutiara ini salin nota yang ustazah tulis di papan putih?” 
“Boleh, Ustazah.” Bersemangat sekali mereka menjawabnya. 
Selepas saya menyudahkan mota di hadapan kelas, saya mula bergerak dari satu meja ke satu meja pelajar. Tujuan saya hanya satu, saya mahu dorong mereka menyiapkan nota dan menghantarnya. 
Apabila saya melihat ada pelajar yang sudah menyalin separuh, saya memuji, “Bagus, kamu sudah tulis separuh. Sedikit lagi mahu habis, teruskan menulis. Nanti kerja kamu akan cepat siap.” 
Apabila sampai di meja pelajar yang masih terkial-kial mahu menyalin, dan kerjanya baru menulis hari dan dan tarikh, saya juga memuji. 
“Bagus, kamu sudah menggaris dan menulis hari juga tarikh. Ini menunjukkan kamu sudah bersedia mahu menyalin pelajaran di papan putih. Teruskan menyalin, lama-kelamaan kerja kamu akan siap.”
************************

Saya senyum gembira. Apabila self-esteem  anak-anak kelas belakang meningkat, ternyata mereka punya kesedaran belajar sendiri. Dan siapa sangka, dorongan Teknik Nabi yang digabungkan bersama panggilan ‘anak-anak syurga’ sangat membantu meninggikan self-esteem mereka hari itu. Banyak impak positif yang berlaku dan proses P&P menjadi sangat mudah. [sumber: Blog Ustazah Siti Khadijah]
Berdasarkan perkongsian pengalaman ustazah tu dan Pengalaman MF sendiri handle pelajar bermasalah, pernah juga panggil dengan panggilan sebegini... Sebenarnya panggilan anak syurga itu tidaklah salah... cuma ianya boleh terjadi salah faham sekiranya digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Sebab apa? Sebab masyarakat Melayu Islam di Malaysia dah sebati dah dalam minda bahawa, panggilan dan gelaran anak syurga itu khusus dan kebiasaannya digelarkan kepada anak-anak yang istimewa dan anak-anak yang belum mencapai usia baligh tapi dah meninggal dunia. Itu yang jadi isunya sampai bertekak kat facebook tu... Memang takde dalil pun bab ni, yang ada dalilnya bab memberi nama atau gelaran buruk seperti yang MF kupaskan di atas. 

Jadi, gunalah untuk puji anak kita cuma bila jadi terlalu umum macam tu, yang ada petik 'ustaz kata' la, 'ustazah kata' la kan... Sebenarnya, tuan punya post tu sekadar nak jelaskan..jika guna secara umum takut orang faham anak kita dah meninggal ataupun tak sempurna. MF pun pernah panggil dan gelarkan anak-anak MF dengan gelaran anak istimewa, tu pun orang salah faham... Orang ingat anak MF OKU agaknya... siap tanya anak MF sakit apa... tengok.. orang salah faham kan... jadi, tapi MF jelaskan, bukankah setiap anak tu memang dilahirkan istimewa??? Senang kata, kita panggil je la, tapi tak perlu di "hashtag" atau publish umum panggilan tu takut orang salah faham. 

Anak syurga, itulah doa untuk anak-anak kita... moga menjadi penghuni syurga... Namun, jangan hanya panggilan dan doa tanpa usaha untuk menjadikan anak kita betul-betul anak syurga. Kita ni, nak sangat anak kita jadi anak soleh/solehah penghuni syurga, tapi hanya doa tanpa usaha nak ke sana. Panggilan yang baik dalam mendidik merupakan teknik Nabi mendidik anak kecil. Anak kecil suka dipuji... Jadi pujilah anak kita ye... tapi tak perlu letak ayat pujian dengan hashtag di Facebook... takut orang tak faham dan salah faham.

Anak Cacat dan Anak Belum Baligh Masuk Syurga

Semua bayi dan anak kecil belum baligh yang meninggal akan masuk syurga. Ini berdasarkan satu dalil dari sebuah hadis Qudsi:

Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
"Masuklah kalian ke dalam surga!" Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk." Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah 
berfirman lagi: "Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!" Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman: "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian." (Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)

Istilah "al-wildan" dalam Hadis Qudsi diatas adalah kata jama', mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid", ertinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga." tentu saja orang tua bayi tersebut harus muslim, jika orang tua bayi tersebut non muslim, maka jelas tempatnya kedua orang tuanya bukan di syurga. hanya bayi tersebut yang masuk syurga.

Jadi, tak perlu la pertikaikan bab tu ye.. Syurga neraka kerja Allah... kita sibuk nak anak masuk syurga, kita pula macam mana??? Tak perlu kita pening pikir kerja Allah... Tak perlu sibuk nak tahu... Bagi anak yang masih ada, didik supaya jadi anak syurga... 

Cari gali ilmu, tengok rancangan keagamaan, dampingi ulama' dan perbanyakan buka kitab... bukan buka novel lebih dari buka kitab... Jadi, ibu bapa ni akan buatkan kita belajar ilmu baru setiap hari... Tambahan, mak bapak zaman sekarang ni suka isukan hal remeh...dan pentingkan hal sepatutnya. Jadi bersedialah... 

Sumber: Hasil bacaan, penelitian dan olahan serta pengalaman penulis dari internet dan kitab-kitab fiqh

10Ulasan

  1. kadang2 diruang sosial itu perkara yang didebatkan itu adalah isu yg remeh, apa salahnya panggil anak syurga, itu umpama doa kita untuk anak2 itu, bukan bermaksud anak itu oku..

    BalasPadam
  2. tak salah kan panggil anak2 kita tak kisahla normal ke tidak sebgai anak syurga...
    sbb mmg kita nak anak2 kita msk syurga kan....

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas kupasan cerita diatas.saya pun keliru salah ke kalo kita bagi nama anak kita wildan.sedangkan maksud yg baik.

    BalasPadam
  4. nice sharing mf..
    betul setuju sangat. masing masing nak bg pendapat..

    anak istimewa mcm sy sendirii pon selalu juga ckp dgn rania yg rania anak istimewa sebab ummiayah tunggu rania lama.. akhirnya Allah makbulkan doa ummiayah..
    itu maksud istimewa bagi saya.

    BalasPadam
  5. btl tu MF, biasa kalo dipanggil anak syurga biasa anak2 istimewa..sy pn kdg2 terpikir benda yg sm..lps ni kena ubah mind set..skrg ni seme ibu2 panggil anak2 depa anak2 syurga

    BalasPadam
  6. bukan menjadi keywords warrior walau hakikatnya blogger atau pengamal media sosial yang mengulas isu2 semasa tak kira ada kaitan dengan agama atau sebalik semua yang berjuang menyampaikan informasi melalui papan kunci. Kadang2 gelaran keyboard warrior tu pun boleh jadi satu penghinaan... Yang jadi viral sekarang bukan sebab gelaran anak syurga tu buat orang salah faham ingat anak sipolan tu dah meninggal ke hapa. Yang orang pertikai adalah tetiba ada larangan tak boleh guna seolah2 katanya mendoakan anak tu mati cepat. Saya tak jumpa pun yang tetiba jadi keliru anak orang tu hidup ke mati sebab mak dia gelarkan dia anak syurga. Tapi lepas screenshot ntah dari sapa2 mengaku ada ustaz bla.. bla.. cakap bla.. tak boleh panggil anak syurga konon risau jadi doa termakbul. anak meninggal sebelum akil baligh.

    BalasPadam
  7. hmmm aida pun tak kuasa nak komen time baca benda ni, MF.
    apa yg penting, niat.
    apa yg penting, panggilan tu baik.
    anak syurga, yes la. selagi tak baligh kan?
    tu je :) hi hi hi...

    BalasPadam
  8. memang tidak salah dengan gelaran tu,tp sedia tahu gelaran tu biasenye di gunakan pd ank2 kecik yg sudah meninggal.. takut msyarakat salah faham...
    yg sudah di jelaskan, same jg ank istimewa, biasa anak istimewa tu kita gelaran kan pd siap? so. bile kita bg tau alhamdulillah ank istimewa ibu ayah ni.. takut org lain salah faham ingtkan ank dia oku.. itu shj.. jd kita gelarkan yg baik dn usaha yg baik utk ke arah yg baik.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ