بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّهُ تَعَالى عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللّه صَلَى اللّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وصَحْبِه وَسَلَمْ
قَالَ; ((إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ مُهَاجِرَةً فِرَا شَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا المَلَٰائكة حَتَى تَرْجِعَ)) ۔رواه البخاري ومسلم۔
Ertinya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:-
"Jika seorang isteri berpisah katil dengan suaminya, malaikat melaknatnya sampai dia pulang" (H.R Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadis:
إذا باتت المرأة Yang ertinya apabila telah tertidur seorang wanita iaitu tidur di malam hari, kenapa di maksudkan di malam hari? kerana kebanyakan hajatnya itu di waktu malam masa yang tenteram (bagi suami isteri)'' dan ketika seorang isteri menjauhi suaminya atau sampai pisah ranjang seorang isteri membiarkan suaminya tidur dalam bersendirian atau seorang isteri tidur dekat dengan suaminya akan tetapi membelakangi suaminya kecuali sudah tertidur kerana tidak sengaja, maka wanita yang seperti itu لعنتها الملائكة di laknat oleh malaikat حتى ترجع sampai dia balik lagi maksudnya adalah sampai pagi hari di laknat oleh malaikat.
Inilah adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, maka di sini perlu di perhatikan maksiat kepada suami bermakna maksiat terhadap Allah SWT, kemurkaan suami bererti kemurkaan Allah SWT, buktinya adalah ketika seorang isteri membelakangi suami malaikat ikut melaknatnya. Manakala seorang anak wanita telah berkahwin maka patuhnya seorang isteri bukan kepada ayah ibunya lagi akan tetapi dengan seorang suami. kalau suami kata jangan keluar maka wajib di turuti selagi seorang suami tidak menyuruh maksiat maka wajib mematuhinya.
Ciri-ciri wanita Solehah:-
'' Sebaik-baik wanita Kalau lihat wajahnya membuat engkau bahagia dan kalau di suruh maka akan taat, dan kalau di tinggal akan menjaga dirinya (kehormatannya) dan dia menjaga hartamu ''
-Gambar Hiasan- Sumber: Google images |
Di ceritakan ada isteri dari salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w Abu Talhah beliau mempunyai seorang isteri namanya Umu Sulaim dia punya anak yang bernama Umair. Anak ini adalah kesayangannya. Abu Talhah sahabat Nabi Muhammad s.a.w, dan beliau Abu Talhah sangat-sangat sayang kepada anaknya.
Rasulullah S.A.W juga pernah bermain dengan Abu Umair. Pada suatu hari, Abu Umair telah ditimpa sakit dan pada ketika itu Abu Talhah sedang berpuasa. Abu Talhah meninggalkan rumahnya untuk menguruskan kerjanya, setelah Abu Talhah meninggalkan rumahnya untuk beberapa jam, maka anaknya Abu Umair pun meninggal dunia.
Ummu Sulaim memandikan jenazah anaknya dan membalutinya dengan kain lalu diletakkan diatas tempat tidur, kemudian Ummu Sulaim pun mandi dan menyalin pakaian dan menghiaskan dirinya. Setelah Abu Talhah pulang untuk berbuka puasa maka berkata Abu Talhah: "Wahai Ummu Sulaim, bagaimanakah keadaan anak kita?"
Ummu Sulaim berkata: "Anak kita sekarang berada dalam keadaan aman."
Setelah Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, maka dia pun merasa gembira, pada malam tersebut, Ummu Sulaim melayani suaminya dengan baik dengan harapan suaminya akan merasa gembira.
Pada keesokan paginya, ketika suami isteri itu sedang berbual-bual, maka berkata Ummu Sulaim: "Saya mempunyai satu soalan yang hendak dikemukakan kepadamu."
Abu Talhah berkata: "Katakan kepadaku, apakah soalan itu Ummu Sulaim?"
Ummu Sulaim pun berkata: "Andai seseorang itu telah diamanahkan untuk menjaga sesuatu barang itu, kemudian orang yang mengamanahkan barang itu datang dan mengambilnya kembali, maka patutkah kita memberinya kembali atau tidak?"
Abu Talhah menjawab: "Kita mestilah mengembalikan barang yang diamanahkan itu apabila tuannya hendak mengambilnya, kita tidak ada hak untuk menyimpannya."
Ummu Sulaim berkata lagi: "Abu Umair telah diamanahkan Allah S.W.T kepada kita, kini Allah S.W.T telah mengambilnya kembali."
Apabila Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, hatinya menjadi pilu dan beliau berkata: "Wahai Ummu Sulaim, mengapakah kamu tidak memberitahu ku terlebih dahulu?"
Kemudian Abu Talhah pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menceritakan tentang kematian anaknya itu dan layanan isterinya pada malam tersebut. Setelah Rasulullah S.A.W mendengar segala kata-kata dari Abu Talhah itu, maka beliau pun berdoa: "Mudah-mudahan Allah akan memberkati pergaulan dengan isterimu itu."
Hasil dari keberkatan doa Rasulullah S.A.W, maka mereka dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah. Dan Abdullah pula apabila telah dewasa dan mendirikan rumahtangga, maka dia dikurniakan anak seramai 9 orang, kesemua anak Abdullah adalah lelaki dan kesemua anaknya itu menjadi Qari.
Pengajaran dari kisah ini...
Kuatnya isteri solehah lagi beriman... walaupun dalam keadaan sedih tidak menunjukkan kesedihan dan menolak ajakan suami, bahkan menunaikan hak suaminya...sedangkan anaknya telah meninggal dunia..
Kuatnya wanita Ummu Sulaim ini... Fuhhh... tak tahu la kan.. kita mampu jadi sekuat beliau atau tidak... huhu...
Apa pun.. Hukum isteri yang sengaja membelakangi suami atas sebab merajuk atau bertengkar, malaikat akan melaknat isteri tersebut hingga ke Subuh... Nauzubillah...
huhuu,,,, Kalau boleh bermaafan sebelum tidur... mana tahu, malam itu malam terakhir sebagai suami isteri... mana tahu kan... hhu... insaf bila sebut pasal mati... Jadi, jangan merajuk sebelum tidur... Kalau tertidur sebab penat tu lain citer la kan... berpaling tanpa sengaja tu lain cerita... tapi kalau sengaja berpaling itu yang berdosa.
Ya Allah aqu telah melakukannya.
ردحذفYa Allah aqu telah melakukannya.
ردحذفsegeralah bertaubat allah maha pengampun
حذفistri ku sering bgt begitu apa yg hrus aku lakukan mohon petunjuk ya
ردحذفIstri saya juga sering tidur memblakangi saya. .. Terkadang saya punya pikiran jelek,pengen selingkuh aja rasanya.
ردحذف