GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Akibat Lama Tak Test Suara!

Apa kaitan gambar di atas dengan tajuk???
Soalan KBAT tu... Hehe...

Kaitannya ialah, itulah penawar yang MF guna untuk buat rawatan akibat lama tak test suara...

Lama simpan suara... Dari bulan November 2015 hingga Disember 2015, dua bulan tak guna suara secara banyak dan secara kuat, dan akibat menggunakan suara yang banyak dan kuat secara mendadak bulan Januari 2016 ni, akhirnya kena la sakit tekak...

Cikgu kan.. Cuti kan... Sedap la simpan suara.. Tak menjerit dalam kelas... Sekali dah naik sekolah... Hari kedua dah mula perit tekak dah... Ada kawan sekerja suara dah serak terus...

MF ni pun perit tekak, tapi dikawal lagi... Payau mulut jadinya... Tak sedap tekak jadi tak selera juga kan...

Dugaan awal tahun ni...
MF kawal supaya tak melarat dengan minum minyak kelapa dara... Selain tu makan asam, minum air banyak, minum sunquick suam dan elakkan ais...

Lepas ni nak cari aiskrim vanila pula... Haii... Nak diam, tak boleh sebab nak mengajar kan.. Jadi kena juga bercakap... Tu pun dah kawal tak cakap banyak sangat, bagi latihan je lepas terangkan...

Tu la hadiah untuk awal tahun ni... Terima dan pasrah dengan redha... Dugaan kan... Sesekali merasa.. Lepas ni dah biasa bercakap takde masalah tekak lagi dah... Insha Allah...

Tu lah pengorbanan cikgu kan...
Hargailah guru kita...


0تعليقات