GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru (eG Tukar) 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Usaha sudah, doa sudah.. Tawakal sentiasa... Kini, berserah dan redha dengan segala keputusan... Namun, disebaliknya terselit harapan... Agar ada sinar keputusan yang menggembirakan...

Itulah harapan semua guru yang telah membuat permohonan pertukaran sekolah... Sama ada pertukaran negeri atau daerah.. Semuanya berharap akan ada keputusan positif.

Namun, dari semalam semuanya terjawab... Keputusan permohonan pertukaran telah pun dikeluarkan...

Cikgu-cikgu boleh semak di laman web yang sama buat permohonan pertukaran iaitu di https://epgo.moe.gov.my/

Login guna Id, dan kata laluan yang sama masa buat permohonan.


Apa sahaja keputusan kita terima dengan redha... Namun, masih ada peluang untuk buat rayuan bagi yang tidak berjaya.. Buatlah. Usahalah sedaya mungkin... Mungkin tak berjaya itu ujian dari Tuhan... Nak uji lagi sejauh mana kesabaran kita. 

Alhamdulillah...  MF dapat tukar ke Johor... Rintihan dan doa dan menggunakan Kabel yang paling kuat iaitu Allah Taala... Berserah dan meminta sepenuhnya pengharapan kepada Dia... Alhamdulillah.. Allah makbulkan... Dan itulah... Perancangan kami selari dengan perancangan Allah, mungkin... 

Bagi yang berjaya... Tahniah!!! 
Moga penghijrahan ke sekolah baru memberi semangat baru... Moga dapat tingkatkan komitmen dan gandakan tenaga untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara. 

Apa-apa pun... Apa sahaja ketentuan Allah, pastinya ia adalah yang terbaik untuk kita.

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ