GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Memilih Baju Raya Bergaya Ikut Syariat Islam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dah masuk Fasa Pertengahan Ramadhan. Rata-rata mula fikirkan baju raya dah ni... Fesyen apa nak pakai, Jubah??? Baju Kurung??? Kurung Moden??? Dress??? Tudung pula nak pakai apa.. Shawl??? Bawal??? Instant Shawl??? Dan macam-macam fesyen lagi yang tak mampu nak sebut. Bab bergaya dan fesyen ni lebih pada perempuan la.. Orang lelaki ni tak kisah sangat. Baju melayu je.. Kadang baju melayu dengan seluar slack atau jeans pun dah ok... Kadang tu pakai baju melayu masa solat sunat Aidilfitri je, lepas tu tukar pakai tshirt je.. Jom tengok beberapa panduan dan tips untuk pilih baju raya ikut syariat Islam.
  • Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher. Atau pakai inner neck yang labuh melebihi dada di dalam selendang atau kain tudung. 

  • Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.

  • Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?

  • Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.

  • Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.

  • Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.

  • Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.

  • Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.

  • Baju dan tudung tidak sesuai sedondon. Pakailah yang kontra.
Sumber: PUSPANITA

Yang paling utama, mesti tutup aurat...bukan balut urat. Masa fitting baju, belek puas-puas di cermin, baju yang kita pakai tu nampak badan tak, nampak pinggang tak, nampak punggung tak... minta suami atau sesiapa yang arif tentang aurat komen pasal fesyen yang dipilih. 

INGATAN MESRA: JANGAN ROSAKKAN PAHALA PUASA YANG DIKUMPUL SEBULAN HANYA KERANA NAK BERGAYA IKUT FESYEN TERKINI DI PAGI RAYA. 

6تعليقات

  1. tu la orang lelaki senang je..permpuan dari kepala sampai ke kai nak kene pikir..ehhee

    ردحذف
  2. JANGAN ROSAKKAN PAHALA PUASA YANG DIKUMPUL SEBULAN HANYA KERANA NAK BERGAYA IKUT FESYEN TERKINI DI PAGI RAYA.
    SUKA AYAT NI :)

    ردحذف
  3. Nice tips. Semoga dapat kekal mengamalkan tips ni. By the way, selamat berpuasa ;)

    ردحذف
  4. Harap lebih bnyk yreader g baca entry nie..nice tips..^^

    ردحذف
  5. Saya belum start membeli pun untuk raya. Mood tak sampai lagi. Mungkin last minute lagi best. Saya biasanya suka baju kurung biasa. Takda cutting apa jadi tak perlu susah hati terlebih nampak aurat yang ditutup. Pakai jubah pun senang juga :)

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ