Baju Batik Rezeki Berblog!

9
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari ni Khamis, semua penjawat awam digalakkan berbaju batik... Dasar ni sejak zaman mantan Perdana Menteri yang kelima... dan ada kisah pula pasal baju batik MF ni.. 

Baju batik MF ni... adalah hasil MF berblog.... MF dapat hadiah dari Giveaway last minit yang MF join dari blog Arra Ahmad.. Memang nak jadikan rezeki MF, dia nak 50 orang je... tapi MF terlambat... dan jadi peserta ke-52... Tapi dia terima juga penyertaan tu... hadiah yang direbutkan hanya satu je... iaitu Kain Pasang 4 meter... Batik Sutera Crepe (ada batu) bernilai RM365. 

Seperti biasa MF, join sebagai tanda sokongan je... takde harapan untuk menang sebab sengit kan persaingan tu... Namun, takdir Allah, rezeki berpihak kepada MF... No cabutan MF yang mengena... Alhamdulillah... 

MF menang di akhir tahun 2013... dan penganjur pos kepada MF selepas empat bulan dari tarikh umum pemenang, sebab MF faham lah... blogger separuh masa... dia pula dah bekeluarga dan kerja nurse... masa terhad kan... jadi, dia kata tak sempat pos... Jadi, MF pun biar je lah... ada rezeki ada lah kan... Jadinya, lepas MF habis cuti berpantang, MF ke sekolah... ada rezeki ni... dia baru pos... MF terima hadiah ni tahun 2014. 

Tersimpan kemas je dalam almari, tak jadi baju lagi sepanjang tahun 2014 tu... susah nak cari penjahit area KL ni..dengan harga yang murah dan sedap pakai... Akhirnya, akhir tahun 2014, MF hantar je baju ni kat kawan MF yang tinggal kat Setapak... jadinya, tahun 2015 baru MF dapat pakai baju batik hasil berblog ni...

Panjang kan kisah sehelai baju batik ni... Alhamdulillah... nilah rezeki yang paling mahal kot MF dapat dari berblog... Namun, rezeki lain tetap bernilai buat MF walaupun sekecil-kecil hadiah dari blogger, MF tetap hargainya.. 

Terima kasih buat blogger +Arra Ahmad. Moga kamu terus dilapangkan rezeki... ameen... 

إرسال تعليق

9 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق