Uniknya Solat Subuh!

Maria Firdz
8
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Satu info menarik, yang ingin MF kongsikan.. MF dapat dari satu Majalah SOLUSI di perpustakaan di sekolah... Menarik untuk kita semua tahu tentang betapa uniknya Solat Subuh...

Uniknya Solat Subuh!
captured from Majalah Solusi

1. Solat Subuh tidak berubah rakaatnya berlainan dengan solat Zuhur, Asar, dan Isyak yang telah berbah daripada dua rakaat kepada empat rakaat selepas peristiwa Israk Mikraj.

2. Azan solat Subuh berbeza daripada azan-azan solat lain.

3. Doa khusus selepas solat Subuh yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Ia tidak memiliki sekutu. Milik-Nya jualah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." : [Riwayat at-Tirmizi]

4. Rasulullah menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali solat Subuh, baginda membaca sekitar 60-100 ayat.

5. Bacaan khusus surah pada hari Jumaat.

6. Solat Subuh tidak boleh diqasarkan dan dijamakkan.

Unik kan solat Subuh... tapi solat ni yang selalu lalai... dan solat Subuh la untuk uji keimanan dan ketaqwaan kita... walaupun rakaatnya pendek, tapi waktu subuh adalah waktu yang mencabar...sebab suasana yang sunyi dan sejuk... 

Disebabkan unik dan kelebihan solat Subuh ini... kena latih anak-anak kecil kita bangun Pagi... kena pastikan anak tido awal baru mudah dia bangun pagi... 

Cara Mudah bangun subuh, niat, tido awal dan setkan jam atau alarm... insha Allah... jika niat nk bangun Subuh.. pasti akan terbangun...



Psst: Zaman sebelum kahwin memang agak liat nak bangun pagi, tapi lepas dah ada anak segalanya berubah.... anak yang kejutkan kita bangun solat Subuh... Alhamdulillah... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. ada satu hadis hadis nabi yang mengatakan:-
    Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.”
    (HR Bukhari dan Muslim)
    p/s : kalau lah kita mengetahui betapa besarnya ganjaran solat subuh, pasti dalam keadaan merangkak pun kita sanggup melaksanakannya. Dalam maksud hadis ni...
    #blogspot : rawatankanser2013

    ردحذف
  2. In shaa Allah... semoga terus diizinkan melaksanakan solat subuh ini.. aamiin. T kasih atas perkongsian ye...

    ردحذف
  3. Betul Maria, kalau tak sungguh lagi sedap tarik selimut pagi-pagi macam tu apatahlagi kalau hujan turun! Alhamdulillah, setakat ni solat Subuh rasanya paling senang bagi saya di antara kesemua lima waktu. Baru nak memulakan hari, segalanya terasa tenang.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !