بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Pagi ni, sarapan roti bakar dan Nutella je... sekali, jenjalan cari info, baca info kat sini.. Rumah terbakar angkaran Nutella... Uik... terkejut gak... kenapa sampai boleh terbakar tu???
LONDON - BRITAIN. Gara-gara coklat Nutella, sebuah rumah di Twickenham, di sini mengalami kebakaran teruk termasuk mengakibatkan kematian seekor anjing pemilik rumah tersebut.
Seperti yang dipetik menerusi sebuah portal, hasil siasatan baru-baru ini mendedahkan kebakaran yang berlaku pada 15 Februari lalu berpunca daripada balang coklat itu yang diletakkan di tingkap rumah tersebut.
Difahamkan kebakaran berpunca akibat cahaya matahari musim sejuk yang dibiaskan balang coklat tersebut.
Keluarga tersebut dilaporkan menggunakan balang tersebut sebagai bekas menyimpan getah pengikat di rumahnya. Cahaya matahari yang dibiaskan oleh balang itu menghala ke tirai menyebabkan tirai tersebut terbakar sebelum merebak ke bahagian lain.
Pemilik rumah, Declan Murphy berkata, dia keluar menyambut ulang tahun bersama isterinya, Lindsay dan dua anak-anak mereka ketika kejadian berlaku.
Kebakaran tersebut mengorbankan anjing kesayangan keluarga Murphy yang terperangkap di dalam rumah, merosakkan bumbung rumah dan memusnahkan seluruh bilik tidur ditingkat bawah.
***************************************
Bahaya rupanya balang lutsinar ni.. jangan sampai ianya terdedah kepada cahaya matahari yang terik.. Pengajaran berguna juga ni... Mujur tiada kemalangan jiwa... tapi habislah rumahnya, dan kesian juga kat anjing tu... tak pasal-pasal je hanya kerana balang Nutella..
memang bahaya sebab pantulan cahaya tu kan?
ردحذفUiks.. Begitu sekali ye?
ردحذفmak aihh..! bahaya ekk, kena letak jauh dari sinaran matahari gitu..
ردحذفmak aih...tak terfikir pun balang tu boleh sebabkan kebakaran..
ردحذفUrm.. ni macam sama je ngan ujikaji kat makmal sekolah dulu, guna kanta pembesar dan cahaya untuk membakar kertas
ردحذفbahaya dalam jangka masa lama..tak boleh terdedah di kawasan yang cahaya masuk..
ردحذفapa-apa pun kena berhati-hati selalu..kesian