GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Rempah Ratus Terbaik untuk Kesihatan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rempah ratus dalam makanan kita adalah perkara biasa sejak zaman-berzaman, jadi kita pun tidak ambil pusing kelebihan rempah ratus tersebut. Yang kita tahu jika tiada rempah, makanan tak sedap dan hambar. Selain daripada menambah rasa sedap dalam makanan, sebenarnya rempah ratus yang kita makan setiap hari mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan.

Kajian di barat mendapati terdapat 6 rempah ratus, yang tidak asing lagi dalam masakan kita, sangat baik dari segi kesihatan, iaitu:


1. Lada (cili) kering
Lada (cili) kering (seperti cili segar) mengandungi sebatian capsaicin yang memberi rasa pedas. Sebatian ini berkhasiat bagi mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser kulit. Namun begitu, kita perlu berhati-hati membeli cili kering kisar yang dijual di kedai kerana kebanyakannya mengandungi asid borik atau bahan pengawet lain yang karsinogen (penyebab kanser). Sebaik-baiknya kisar sendiri cili kering.

2. Buah pala
Buah pala mengandungi sebatian anti-bakteria bagi membantu melawan bakteria seperti E. coli dan salmonella.

3. Jintan
Jintan mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan bagi membantu menghentikan pertumbuhan tumor kanser.

4. Kunyit
Kunyit mengandungi bahan aktif curcumin yang mampu menghalang sel-sel kanser merebak dan membantu menghindari diabetes Type-2. Perahan air kunyit hidup juga sering diambil oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin supaya peranakan (uterus) mengecut dengan cepat.

5. Kulit kayu manis
Pengambilan 1/4 hingga 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan kandungan gula, paras LDL (kolesterol tidak baik) dan triglyceride dalam darah bagi pengidap penyakit diabetes Type-2.

6. Halia
Halia mengandungi bahan yang dapat menghilangkan rasa mual, dapat meredakan pedih ulu hati dan kembung perut serta buang angin yang berlebihan dalam badan. Sebaik-baiknya gunakan halia yang segar kerana ia lebih efektif.

Sebab tu kalau tengok masyarakat mamak dan india jarang nak kena sakit pelik-pelik ni.. diorang memang amal makan rempah ratus... tengok ajelah masakan kat kedai mamak kan... tak sah kalau tak bau rempah dalam ayam goreng sekali pun.. 

8تعليقات

  1. betul2 apa sis tulis ni... halia tu memang jadi...

    ردحذف
  2. jujur kata sally tak reti masak makanan yg ada buah pala :P

    ردحذف
  3. Teringat minum air kunyit letak asam jawa dan garam jantan. Bila baca ni barulah tahu kenapa. Kakak cili kering memang lebih suka blend sendiri tapi tak tahu ada kebaikan disebaliknya..

    Alhamdulillah.. rempah-ratus kita semuanya baik belaka.

    ردحذف
  4. Betoi tu..
    Saya kalau angin ja mesti minum air halia. Yang lain-lain tu belum pernah cuba lagi

    ردحذف
  5. Kecuali No.2 dan 3, yang lain dah biasa menggunakannya. Kalau rajin masak, memang ariflah tentang rempah ratus ni. Dari tak tahu jadi tahu :)

    ردحذف
  6. Klu masak kari,mesti ikut style masak,segala rempah ada ;)

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ