بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ada 4 jenis diam mengikut Sunnah Rasulullah SAW ;
1. Al- Hilmu.
Maknanya santun iaitu berdiam ketika emosi sedang terganggu. Umpamanya, kita berdiam kerana menahan perasaan amarah apabila emosi kita secara sengaja atau tidak diganggu oleh orang lain. Maka sesiapa yg mampu berdiam tatkala hati sedang marah, dialah orang yg paling kuat mengikut pandangan Rasulullah SAW.
2. Al- Taqdir
Berdiam dengan meletakkan seluruh pendengaran dan penglihatan kita kepada orang yg sedang bercakap di hadapan kita. Maknanya, adalah sunnah apabila orang lain berkata2 kpd kita maka kita diam dan mendengar sepenuh perhatian dgn maksud yg ingin disampaikan olehnya.
3. Al- Tafkir
Berdiam ketika berfikir iaitu berfikir yg dimaksudkan adalah perihal tentang perkara yg kekal dan bermanfaat. Adapun perihal kekal dan bermanfaat itu merujuk kepada hal-hal bukan hanya keduniaan semata tetapi merangkumi hal-hal akhirah dan abadi serta membawa manfaat kepada seluruh umat. Rasulullah SAW ketika bertafakur sering memikirkan perkara2 yg membawa kebaikan yg abadi dan bermanfaat untuk umatnya.
4. Al - Hadar
Berhati-hati. Maksudnya, berdiam dengan mengambil perkara yg baik supaya diteladani oleh orang lain serta meninggalkan perkara buruk supaya orang lain juga mengikutinya. Bahkan kepada perkara2 seperti memilih ijtihad atau pandangan2 yg terbaik untuk diamalkan oleh umat Islam yg lain.
sumber: fb
Inilah 4 jenis diam mengikut sunnah Nabi s.a.w... Nabi s.a.w akan bercakap perkara yang penting sahaja... dan baginda akan diam dan mendengar dengan teliti pabila seseorang sedang bercakap dengan diam... Itula indahnya akhlak Nabi... tapi kita jarang ikut sunnah dalam komunikasi ni.. kita selalu menyampuk bila orang cakap.. padahal kalu orang tua dahulu, marah anak-anak menyampuk dan menjawab bila orang bercakap dan memberi nasihat... sam-samalah kita perbaiki cara kita berkomunikasi supaya mengikut sunnah Nabi s.a.w...
Perkongsian yang sangat bagus.. Tapi, hakikatnya ramai dari kite sekarang main terjah je dalam menangani liku kehidupan. Hakikatnya Rasulullah dah tunjuk pun kan bagaimana adab dan cara dalam berhubungan atau mengawal situasi dan keadaan kehidupan..
ردحذفin shaa Allah
ردحذف