GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk!

REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk! | Ini entry review  tentang gelang ajaib anti nyamuk Bugslock... MF antara 34 pemenang yang memenangi 2 set gelang Bugslock... Jadi, setiap pemenang kena pula buat entry review pasal produk ni... Jika, tak diminta pun insha Allah MF akan buat sebabnya keberkesanannya perlu dikongsi bersama kan... 

Ok, dah sedia nak baca entry review yang berjela nih??? 



Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk


Pertama kali dapat set gelang ni, sangat teruja nak buka tengok... tapi sabarrr... tunggu bawa balik rumah nak tunjukkan pada suami... Sekali dah buka... huiii...menyengat hidung... hehe... hidung kami dah lali dengan bau ni... hidung kami berdua dapat tangkap dah bau ni dan tahu dah sumber atau bahan utama untuk gelang ni... 

Terus aku pakaikan pada si anak... baunya memang kuat... tapi disebabkan kami dah tahu bahan semulajadi dalam penghasilan gelang ni, kami tahu memang gelang Bugslock ni ternyata berkesan menghalau nyamuk dan serangga lain...  

Bahan utama dalam penghasilan gelang ajaib Bugslock ni ialah pokok serai wangi... ... Pokok ni memang banyak ditanam kat rumah Mak Cik MF di kampung... Pernah tahun 2012 masa tu, MF tinggal di rumah sewa yang agak padat kawasannya... Kawasan rumah dan tempat parking kereta penuh tikus dan banyak nyamuk..semut pun banyak... Memang pokok ni lah kami angkut bawa balik, ikat-ikat dan letak di bonet depan kereta sebab tikus dah masuk kawasan tu dan gigit wayar-wayar dalam bonet... selain tu, ikatan serai wangi tu, kami letak juga di dalam rumah untuk halau nyamuk dan semut... Memang bertahan la guna pokok ni... 

Pokok serai wangi ni juga, digunakan secara tradisional untuk mandian herba wanita lepas bersalin... Sedap mandi dengan air rebusan serai wangi... badan segar dan wangi...

Produk berasaskan serai wangi memang berkesan halau nyamuk... Pengalaman suami MF yang pernah sertai operasi masuk hutan tentera, memang dibekalkan produk berasaskan serai wangi ni.. Jadi, tak usah ragu-ragu lah berkesan atau tak... sebab memang serai wangi ni dicipta Ilahi untuk menghalau serangga secara berkesan.

Namun, sekarang dah moden dan canggih, dengan teknologi dan inovasi terkini, kini serai wangi ini diproses dan dijadikan gelang penghalau serangga dan nyamuk.. senang dan mudah nak guna... tak perlu lagi MF nak ambil serai tu, ikat dan letak di tempat tertentu... 

MF memang perlukan gelang Bugslock ni untuk menghalau nyamuk, sebabnya bila balik kampung, ternyata nyamuk berganda-ganda banyaknya... Jika kat kampung, memang pasang kelambu, dan ubat nyamuk jenis lingkaran... tapi kedua-dua kaedah tu, tak sesuai untuk MF, sebabnya, kelambu buatkan anak-anak kami rimas dan cepat berpeluh... ubat nyamuk jenis lingkaran pula MF tak boleh bau... nanti terus kena asthma attack... jadi, kami guna pula ubat nyamuk jenis elektrik... berkesan tapi tak tahan lama... nyamuk tetap ada... 

Namun, sejak guna Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock, MF tak perlu risau lagi... anak-anak dapat tidur lena bila balik kampung... tak perlu nak rimas dengan kipas lagi... sebab dilema tau... balik kampung MF, sejuk sangat diwaktu malam... tak boleh pasang kipas...nanti MF semput, tapi kalau tak pasang kipas nanti nyamuk pula gigit anak-anak, kesian berbintat-bintat... tapi lepas ada gelang ni memang mudah sangat... Tak lerr MF risau lagi pasal nyamuk... pakaikan aje kat kaki anak-anak... mudah... tak boleh pakaikan kat tangan sebab nanti, tangan diorang tenyeh sana-sini, risau pula..

REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk!

REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk!

Dengan Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock ni juga, MF mudah nak jenjalan sana-sini... Jika dulu, memang risau la... nak pakaikan baju lengan panjang nanti berpeluh dan rimas sebab anak-anak kami kuat berpeluh, tapi kalau nak pakai baju tangan pendek, takut kena gigit nyamuk pula... tapi dengan adanya gelang Bugslock ni... tak lerr risau lagi... dapat jenjalan dengan selesa dan selamat dari gigitan nyamuk....

Memang terbaik lah Gelang ni... mudah dan selesa nak guna.. sesuai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja... Bagi yang suka jungle tracking, memang tak sia-sia beli Gelang Ajaib Bugslock ni... Memang mudah nak guna... Bau haruman serai wangi juga mewangikan satu badan si pemakainya..

REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk!

Selain itu, di rumah kami di KL, MF letakkan dan gantungkan gelang ni di tepi tingkap bilik tidur, supaya tidur anak-anak dan kami sekeluarga tak terganggu lagi.... Gelang Bugslock ini juga boleh dijadikan bahan penghalau dan pewangi kereta... Gelang ni tahan selama 240 jam...

Jangan risau! Produk anti-nyamuk ini selamat untuk bayi..sebab tiada sebarang bahan kimia berbahaya digunakan... Namun, harus berhati-hati kerana produk ini juga ada produk tiruan... Nak kenal yang tulen dan yang asli boleh RUJUK SINI http://malaysiabugslock.com/

Terima kasih pihak X Cube Enterprise yang mengedarkan produk berinovasi tinggi ini produk anti-nyamuk yang berkesan... Memang inilah cara terbaik untuk mengelak gigitan nyamuk dan mengusir nyamuk dari kehidupan seharian demi keselesaan dan keselamatan dari sebarang penyakit akibat nyamuk...
REVIEW: Gelang Bugslock Ternyata Berkesan Menghalang Kehadiran Nyamuk!

MF memang syorkan sangat produk ni... setiap rumah MESTI ada paling tidak dua gelang ni.... mudah, senang dan ternyata berkesan menghalau nyamuk dalam kehidupan seharian!

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 

Website : www.malaysiabugslock.com
Fanpage : https://www.facebook.com/gelangpenghalaunyamuk




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

6تعليقات

  1. wah bestlah cikgu ye pergi bercuti tak risau
    saya ada dengar pasal gelang ni

    ردحذف
  2. best pakai gelang nih,bau serai..
    shad singgah dari segmen sama kak,
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    ردحذف
  3. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ردحذف
  4. Review yang menarik :).
    <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ردحذف
  5. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ