Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang agak merunsingkan. Namun jangan risau kerana anda sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri. Lebih menjimatkan. Jom ikuti langkah berikut :
Bahan-bahan
- Pelembut kain
- Soda bikarbonat
- Air
- Botol Penyembur
Langkah-Langkahnya:
- Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air
- Seterusnya satu penutup pelembut kain.
- Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati
- Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke dalam botol penyembur
Siap untuk digunakan. Anda boleh semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.
Boleh cuba ni.. tak sangka ada pula boleh buat sendiri je, guna soda bikarbonat... banyak juga guna serbuk soda ni rupanya..

tak payah beli febreeze ni
ردحذفSgt jimat dan wangiii
ردحذفboleh la akak try nanti
ردحذفboleh jimat la kalau macam ni
ردحذفblh try ne hehe jimat dan praktikal
ردحذفkalau camni tak yah fiza beli febreeze lagi..jimat jimat :)
ردحذفtak sangka banyak kegunaan soda bikarbonat
ردحذفapa fungsi soda bikarbonat tu sis? huhu tp jimat gak ni..tak payah beli febreze dh..;p
ردحذفwahh boleh buat nie..nampak mudah
ردحذفoooo. bleh try nih.
ردحذفCn slalu guna pewangi downy je,xsgka lak boleh tmbh soda bikarbonat,bnda tu boleh hilangkan kotoran
ردحذفKena rajin buat la ya Maria ...Jimat duit
ردحذفApa fungsi soda bicarb tu?
ردحذف