Renungan Bersama: Kongsi Gambar Makanan!

25


Terbaca status ni kat Facebook... 
Hmm... Pastu baca pula komen-komen orang tentang post ni... 
Ada pro dan kontra... 

Pendapat aku...
Semuanya bergantung kepada NIAT...
Jika niat nak menunjuk memang HARAM lah kan...
Cuma aku tak jumpa status hadis yang nyatakan tu.. Hadis tu ada, dan aku pernah dengar, tapi tahu statusnya, jadi aku tak nak la share bab tu... Apa-apa pun memang Nabi s.a.w memang pentingkan hal kejiranan ni... 

Beberapa cara dalam berkongsi gambar makanan, supaya orang boleh dapat manfaatnya:

1. Kongsi gambar makanan dan nyatakan resepinya sekali, agar orang boleh cuba resepi tu.
2. Jika makan di luar, pasti kita kongsi tempat di mana kita makanan, serta review restoran tu... supaya orang lain juga boleh merasa apa yang kita rasa tu nanti.. 

Cuma, post ni disanggah oleh banyak facebooker... dan aku rasa ada logiknya... ea lah, jika orang tu tak mampu nak beli makanan, mana mungkin dia mampu nak berinternet bagai kan... hmmm... 

Apa fikiran korang???

Apa-apa pun berpada-padalah berkongsi sesuatu...
Pastikan fikir dulu, apa yang kita kongsi tu orang lain dapat ambil manfaatnya ataupun tidak.. Jika kongsi sekadar nak tunjuk kita pergi sana-sini dan tunjuk makan itu ini, dan orang lain tak boleh amik manfaat daripada perkongsian kita tu, lupakan...sebab dalam tak sedar kita dah buat hati orang lain terasa.... 

Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga.. 


# Ramadhan dah makin hampir jangan sibuk nak post gambar makan di blog, facebook atau instagram... Jika kita buat, maknanya puasa kita seolah tiada makna, kerana antara hikmah puasa itu sendiri, untuk kita merasai kesusahan orang yang tak dapat makan... Jika kita dok post gambar untuk orang tengok... fikirkan semula... takut-takut kurang pahala... melainkan post gambar dan bagi resepi sekali kan... 
 #renungan bersama...

# Ish,, aku pun ada juga post kat blog dan instagram.. aku minta maaf jika ada yang terasa dengan post-post makanan tu ea.. bukan niat nak tunjuk atau buat orang lain rasa teringin... sekadar berkongsi.. mana tahu, korang boleh cari nanti kan... mohon maaf jika ada terasa,,,

Tags

إرسال تعليق

25 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tak tau nak komen...sebab sally mmg suka ambik gmbr makanan...bukan niat nk tunjuk...cuma obsesi mgkn...lepas tu Sally akan review, bgtau apa yg sedap..apa yg tak...

    ردحذف
  2. betul kak semuanya bergantung pd niat..klu sekadar nak riak tunjuk diari hebat..sendiri fikir lah kan..

    ردحذف
  3. niat untuk membantu org, seperti contoh, bagi resepi sekali, itu kita kita berkongsi.yg penting niat,jangan ada niat nak membanggakan diri

    ردحذف
  4. huhu..timm sendiri pun ada kongsi jugak..tpi lebih kpd review jugak..huhu..ada ke yg trasa dgn prkongsian mcm tu..huhu..nak mnta maaf..

    ردحذف
  5. Huhuhu selalu jugak kongsi kat blog fb dan Ig ..Tapi kalau ada yang nak resipi Kak Lay akan bagi ..biasa kawan2 fb akan pm nak resipi ..

    ردحذف
  6. ada sedikit terasa jugak ni...tp biasa niat amik gambar suka2 je..ish...alamak..kena lebih hati2 lepas ni..

    ردحذف
  7. kadang-kadang memang niat kita baik, tapi kalau orang nak terasa hati, kita tak boleh nak buat apa... :)

    ردحذف
  8. bagi saya, elok lagi post gamba makanan berbanding gambar selfie yg pelbagai rupa tu kan.

    ردحذف
  9. selalu jugak post gambar makanan tapi xdelah niat nak buat orang terasa/terliur ke apa..cuma sekadar berkongsi juga

    ردحذف
  10. Setuju.. semuanya bergantung pada niat.. klu upload semata2 kerana riak, baik lupakan sahaja.. astagfirullah...

    ردحذف
  11. Peringatan yg bagus...terima kasih maria...lpas nih kne berpada pada lah kan...kalo nak share boleh tp bg resipi skali..

    ردحذف
  12. Saya pun pernah terbaca ni kat facebook.
    Tapi, yelah...ramai orang ...ramai ragam.
    Taapi, diharap niat tak menyimpang. Cth : untuk bermegah2.

    ردحذف
  13. Itu sebabnye kalau boleh jangan... ade yg kata >>> dah terliur bak buat macammane... mmmm mqknanya akan ada yg macam tu... Rasullulah dah tau pekara2 sedemikian akan terjadi... jadi untuk mengelakan terjadi perkara2 yg mrlibatkan jiran2, kawan2, masyarakat elakkan lah...

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق