Kosmetik Popular di Musim Panas!

Maria Firdz
10

Bedak sejuk... Kosmetik mudah dan murah dimusim panas zaman dulu-dulu...

Ini memang dibuat secara tradisi... 
Teringat dulu, bila nak musim panas iaitu pabila hampir musim orang nak tuai padi, waktu tu mula dah buat bedak sejuk.

Cara buat bedak sejuk mudah je..  Cuma ambil persediaan yang lama. 
Caranya, rendam atau perap beras dengan air selama setahun dalam bekas kedap udara. Biasa mak aku, perap dalam botol sos tu aje... Lagi lama, lagi gebu bedak sejuk tu nanti. 

Lepas dah cukup tempohnya, ramas beras hingga hancur... Kemudian titiskan bedak diatas kain putih (cotton). Cara nak titis iaitu guna corong diperbuat dari daun pisang yang dilayur (dilayur untuk elak dari daun pisang tu rapuh), tapi boleh juga guna plastik aje..  Lepas titiskan, jemur kan bersama hirisan daun pandan untuk wangikan bedak sejuk... 

Lepas dah betul-betul kering, simpan dalam bekas kering dan boleh guna ketika musim panas. 

Ni je kosmetik musim panas yang cukup popular. Dah lama mak aku tak buat nih... Dulu memang suka tolong mak titis bedak... Syok pakai bedak sejuk. Dan pakai malam-malam... Tu lah rahsia kecantikan orang dulu-dulu... Mudah dan murah kan... 

إرسال تعليق

10 تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!