GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tragedi Tayar Pecah di Jalanan!

Tragedi ketika dalam perjalanan ke Port Dickson untuk hadir ke Hari Keluarga anjuran tempat kerja suami...elok tengah-tengah ralit menyembang, tertiba bunyi sesuatu yg tak sedap dan terasa ada sesuatu di tayar kete... Suami bagi double signal dan terus ke kiri untuk berhenti... 


Sekali tengok, tayar terbelah dua... Aduhai... Terus telefon suami kawan dia yang juga dalam perjalanan ke sana untuk minta pertolongan... (kelebihan tentera, diorang memang akan tolong sahabat dalam kesusahan...takde masalah langsung bab nak minta tolong ni... Dah dilatih begitu agaknya kan) Menanti dia dalam 10 minit untuk pinjam peralatan buka tayar utk tukar tayar spare... 

Alhamdulillah... Ketika tayar tu pecah, tiada apa-apa berlaku... Sebab tayar tu tak meletop tapi terus terbelah dua dan kempis gitu je... Kalau meletop memang mungkin melelong gak la... Alhamdulillah... Dilindungi Allah. 

Lepas parking kete di Kem, kami menumpang kawan suami ke tempat program... Takut dah nak jenjalan jauh... Lagi pun pagi hari lagi takde bengkel buka nak tukar tayar lain pun... Tayar spare mana blh buat jalan jauh kan... Pengalaman pertama tayar pecah diperjalanan, sebab sebelum ni walaupun tayar expired tapi masih la boleh guna untuk jalan..cuma tak sedap la masa memandu tu... Tapi yang ni memang takde amaran dah... Alhamdulillah takde pape...

Sedikit info dari JPJ iaitu tips yang perlu diambil jika tayar pecah ketika memandu: 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan dua panduan untuk membantu anda sekiranya menghadapi masalah ketika tayar pecah dan masalah lampu hadapan kenderaan terpadam.

Tayar pecah

1.    Jika tayar belakang pecah kenderaan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan oleh itu anda perlu pegang stereng dengan erat serta brek perlahan-lahan dan berhati-hati;

2.    Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.

3. Nyalakan lampu kecemasan atau letakkan alat kecemasan yang lain supaya pemandu kenderaan lain, mengetahui ada kecemasan di hadapan.

4.    Lampu hadapan kenderaan terpadam

5. Jika lampu hadapan kenderaan terpadam, pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas;

6. Kemudian naik ke atas bahu, jalan jauh dari aliran lalu lintas dan hentikan kenderaan dengan segera;

7. Nyalakan lampu kecemasan dan anda digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain supaya lebih berhati-hati.

Tips dari aku:
Pastikan tahu tarikh luput tayar... Gunakan tayar yg bekualiti tinggi... Tayar yg kami guna tu ialah tayar Corsa... Tayar ni takde dawai-dawai halus untuk sokong...hanya benang nylon je... Memang patut la terbelah dua gitu kan... Tukar tayar pabila tamat tempoh walaupun bunga masih tebal...

Nota: "Pengalaman itu guru yang terbaik untuk kita"

10تعليقات

  1. alhamdulillah tiada apa apa yg berlaku kan..
    mmg risau bab tayar kalau jalan jauh.
    lagi satu kalau tayar bunga dh habs pastu tak tukar.. paling seriau time hujan, jalan licin kan

    kena alert selalu

    ردحذف
  2. Syukur, takde apa-apa yang berlaku. Ada pengalaman jugak tayar pecah secara tiba-tiba kat highway waktu senja. Time tue naik kereta dengan kakak dan makcik. Ramai orang yang berhenti dan nak hulurkan bantuan. Seram jugak masa tue. Haha! :D Tapi kami call PLUS.

    ردحذف
  3. perkongsian yang sangat berguna, terima kasih

    ردحذف
  4. erm..alhamdulillah tak apa-apa. orang perempuan pun kena pandai tukar tayar.buatnya jadi time sorang-sorang susah jugak kan (aku pun panai cakap je.hehe)

    ردحذف
  5. Teringat tayar kereta yang dah agak lama..he..he... Thanks Maria

    Nestum for breakfast...

    ردحذف
  6. Mmg bahaya klu tayar pecah.. alhamdulillah.. syukur tak de apa2 yg lagi buruk terjadi..

    ردحذف
  7. salam..saya ada jual peralatan tukar tayar elektrik (guna pencucuh rokok dalam kereta).. ada alat elektronik untuk angkat kerata (jack) & alat bukak dan pasang nut tayar (wrench, so tak perlu susah-susah pakai kudrat. boleh lawat page saya untuk info lanjut atau hubungi saya di 0133095035 (whatsapp,sms,call) https://www.facebook.com/rayminpenang/

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ