Resepi: Biskut Roti Coklat Nestum

12

Resepi mudah yang ku dapat dari blog +Azhafizah Md Nor ... Resepi mudah dan pasti sedap... kudapan buat keluarga tercinta. Kalau resepi berasaskan coklat ni memang aku teruja dan tak sabar-sabar nak buat sebab suami dan anakku peminat coklat tegar dan tak jemu pulak tu makan coklat. 

Jadi, dengan semangat membara.. aceh ceh... hehe... Kami ke Tesco Selayang semalam untuk mencari bahan-bahan buat Biskut Coklat Nestum ni.. 

Bahannya cukup mudah:
# Roti Gardenia atau apa-apa jenis roti putih potong
# Coklat masakan, aku guna jenama NONA sebab coklatnya sedap berbanding yang lain.
# Nestum Original...

Mudah je kan... Cara nak buat pun mudah tersangat:
# Potong roti ikut suka hati nak buat bentuk apa... 
# Kemudian, bakar roti hingga keperangan. Nak bakar dalam oven (5 minit dalam suhu lebih kurang 180 darjah celcius) atau Pemanggang Ajaib ataupun guna kuali pun boleh... 
# Cairkan coklat masakan dengan teknik double boil.
# Celup roti yang dah dibakar tadi dalam coklat, kemudian gaulkan pula dengan nestum... 
# Kemudian, makan la.. tunggu apa lagi... hehe... 

Yang pasti resepi mudah pasti sedap ni, suami ku dah copp sebagai kuih raya tahun ni... haha... memang sedap ranggup.. Nak lagi sedap, korang letak dalam bekas elok-elok kemudian masukkan dalam peti sejuk... Makan time sejuk-sejuk tu... pergghhh... sedap dan rangup... nyummmm..... *_^

Terima kasih buat +Azhafizah Md Nor yang sudi berkongsi resepi simple pasti sedap ni... Korang nak tengok step bergambar boleh la rujuk kat blog beliau ea... Aku tak rajin nak snep gambar step by step... hehe... 

~ Selamat Mencuba ~


Tags

إرسال تعليق

12 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Sedap dan mudah kan.. Iera dah buat 3 kali dah.. budak-budak pun suka..

    ردحذف
  2. okay...kenapa rasa macam nak cuba jugak...hahahaha

    ردحذف
  3. mudah je resepinyaa..nk cuba la nanti.. thanx sharing.. :)

    ردحذف
  4. alahai tak pernah lagi buat.
    ada masa boleh try ni
    thank sis :)

    meh sini meh, ceq dah siapkan tugasan. hikhik

    http://lobaksusue.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-maria-firdz.html

    ردحذف
  5. nak cuba jugalah.. simpel & mudah sgt

    ردحذف
  6. Salam ukhuwah Maria,

    Akak tengok resepi nya mudah lah maria.. macam nak mencuba pulak.. tq share ye:)

    Akak follow#1354 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ردحذف
  7. mudahnye .. hehe .. nak cuba larh .. hehe .. awak ditag .. http://lovehim30.blogspot.com/2014/05/beauti-giveaway-2-by-rafydahouse.html

    ردحذف
  8. Sedap ni... syok layan makan sambil menonton tv atau berblogging.. :D

    ردحذف
  9. simple sungguh
    roti tu bakar gitu aje ke? nak cuba lah

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق