GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia dan Khasiat disebalik Biji Tembikai

Rahsia dan Khasiat disebalik Biji Tembikai | Tak pernah terfikir biji tembikai ada khasiat, selama ni dok buang aje bijinya kan... sebab keras, dan tak hadam oleh perut, tapi rupanya banyak khasiat biji tembikai... 

Jom baca:


Rahsia dan Khasiat disebalik Biji Tembikai
Sumber: google images


Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain.

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. 

Ia kaya vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama. 

Ramai yang sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapat­kan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup. 

Menambah kesuburan lelaki

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki. 

Baik saraf dan imuniti badan

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan. 

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan ­lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan. 

Tubuh memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan. 

Bantu penyerapan kalsium dan kolagen

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual. 

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein. 

Kaya protein

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein. 

Atasi masalah jerawat

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah penuaan pramatang. 

Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.
Sumber: Harian Metro Online

Tak sangka pula biji tembikai banyak khasiat, selama ni kalau beli tembikai mesti cari yang takde biji, lepas ni kena beli yang ada biji pula la... Khasiat lengkap untuk badan, tulang, protein dan anti penuaan... 

13تعليقات

  1. manalah nk mkn, org tua2 kta nnti buah tembikai tumbuh dlm bdn..hehe..

    ردحذف
  2. terima kasih atas perkongsian nie...
    jgn lak lepas ni berebut pulak nak makan biji tembikai...hihiii...

    ردحذف
  3. Thanks Maria...banayk khasiat dia rupanya ya...

    isi dua tabung libresse untuk maria..

    ردحذف
  4. ooo... baru plak tau khasiat biji tembikai ni sis.. sllu dok buang je kan...

    ردحذف
  5. ada terbaca juga dala paper pasal ni
    tak sangka ada khasiat
    selama ni main sembur keluar aje...hehe

    ردحذف
  6. Banyak jugak khasiat biji tembikai nih...akak baru tau bile bace entry maria nih....Selalu makan tembikai bantai buang aje biji dia..kalo tau byk kelebihan akak kumpul biji tembikai tuh

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ