Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang berfungsi sebagai bahan antioksidan terbaik dipercayai mampu melawan pelbagai penyakit seperti kanser.
Fitokimia banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berlainan warna seperti kuning, jingga, hijau, merah, putih dan ungu.
Rupanya warna buah dan sayur tu ada khasiatnya tersendiri
Kuning dan jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning dan jingga kaya dengan beta karotena (sejenis fitokimia) yang bukan saja baik untuk kulit, tetapi agen penyembuhan untuk sebarang penyakit.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata.
Antara buah-buahan kaya unsur ini ialah betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu.
Antara buah-buahan kaya unsur ini ialah betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu.
Lobak merah - Mengandungi beta karotena dan falcarinol yang membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara.
Kunyit - Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab keradangan dan kanser seperti kanser kolon atau rektum.
Hijau
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna hijau juga mengandungi beta karotena, tetapi ia sudah diselaputi satu pigmen berwarna hijau dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau pada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan banyak bukan saja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata.
Antara tumbuhan berdaun hijau seperti bayam, kangkung, cekur manis, lada besar hijau, avokado, brokoli dan buah kiwi.
Antara tumbuhan berdaun hijau seperti bayam, kangkung, cekur manis, lada besar hijau, avokado, brokoli dan buah kiwi.
Avokado - Kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser.
Buah ini juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan. Ia juga menjadi sumber beta karotena yang baik serta berguna bagi merawat hepatitis (penyebab kanser hati) atau punca lain kepada kerosakan hati.

Brokoli, kubis dan bunga kubis - Mengandungi bahan kimia indole-3-carbinol yang melawan kanser payudara dengan cara menukarkan estrogen penggalak kanser menjadi estrogen penghalang kanser.
Antioksidan lutein dan zeaxanthin juga boleh mengurangkan risiko kanser prostat.
Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa kanser seperti kanser kolon dan rektum.

Merah
Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung. Contohnya tomato, lada besar merah, tembikai dan betik.
Cili merah - Mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) dan boleh mencegah kanser perut.
Anggur merah - Mengandungi bioflavonoid iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser, resveratol menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel kanser dan menekan imunisasi dan asid ellagic iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser. Ini menyebabkan
pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut.
Betik - Mengandungi vitamin C sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses.
Raspberi - Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser.
Tomato - Mengandungi lycopene (antioksidan yang menyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas) yang merangsang kanser terutama kanser mulut.
Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato serta kaya vitamin C.
Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato serta kaya vitamin C.
Biru dan ungu
Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayur-sayuran berwarna biru dan ungu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.
Contohnya buah naga merah, plum, beri biru, terung dan kubis ungu.
Contohnya buah naga merah, plum, beri biru, terung dan kubis ungu.
Putih
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna putih seperti jambu batu, pisang, pir, bunga kubis dan kubis kaya dengan fitokimia, vitamin C dan kalium sebagai sumber serat.
Bawang putih - Mengandungi sebatian allium penggalak imunisasi (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan kanser dan membantu menguraikan bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan.
Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon.
Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon.
Selain itu kailan, brokoli, pak choy, kubis dan bunga kubis ialah contoh sayur-sayuran dalam keluarga brassica atau dikenali sebagai sayur-sayuran krusiferus.
Sayur-sayuran ini kaya fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser termasuk kanser payudara.
Sayur-sayuran ini kaya fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser termasuk kanser payudara.
Pencegahan kanser juga boleh bermula dengan beberapa perubahan dalam diet yang boleh mengurangkan risiko kanser antaranya pengekalan berat badan dalam julat berat badan yang normal serta menjalankan aktiviti fizikal setiap hari, makan sebahagian besar makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan serta mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori.
[Sumber: Harian Metro]
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran asli adalah yang terbaik... dan aku juga lebih percayakan makanan yang diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran adalah yang terbaik berbanding makanan tambahan dari jenis bahan kimia dan vitamin...
Teringat lagu Badanamu ... best bagi anak dengar...
Teringat lagu Badanamu ... best bagi anak dengar...
very good entry.. tq for sharing
BalasPadamsalam. nice sharing ^_^
BalasPadamsetiap warna ada kelebihan sendiri yer...
BalasPadamT kasih atas perkongsian & peringatan ini.. :)
BalasPadamSemuanya kita suka..especially seedless grapes...
BalasPadamAkak pernah terbaca jugak pasal info ini, sebab tu kita digalakkan makan buah dan sayuran yang berwarna ni, masing-masing ada khasiat yang berlainan...
BalasPadamkalau kita beli buah ada macam-macam color pun dah seronok kan