Kunci Kebahagiaan dalam Hidup

7
Sumber: fb

# Jangan membenci sesiapa pun walau ada yang menyalahi hakmu.
Walaupun orang rampas hak kita jangan lah membenci,kerana di dunia ni tiada satu pun hak mutlak kita sebenarnya, semuanya hanya pinjaman semata-mata... Apa yang kita ada kini adalah anugerah Ilahi.

# Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak.
Jangan sedih berlebihan, menangis meratap kesedihan secara berlebihan kerana akan membunuh segala kebahagiaan yg ada... Hadapilah masalah secara positif... Semakin kita hebat, semakin hebat juga ujian dan masalah kepada kita datang. Itulah tanda Allah sayang.

# Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
Walaupun kita banyak duit, banyak harta dan serba serbi ada, sederhanalah... Usah menunjuk-nunjuk... Usah berlebih-lebihan... Harta yang ada lebih baik diinfakkan... 

# Buatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
Buatlah apa sahaja kebaikan walaupun kita dilanda masalah tika itu... Kerana kebaikan membawa kebaikan hatta kebaikan kepada seekor haiwan jalanan.

# Perbanyakkanlah memberi sekalipun kamu sedang susah.
Walaupun dalam kesempitan berilah sedekah. Dengan sedikit pemberian adanya barakah.. Dan barakah itu membahagiakan penerima dan juga pemberi sendiri.

# Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
Sumber: google images
Senyum penawar duka... Senyumlah sekali hatimu pahit... Memberi senyum dan menerima senyum menghilangkan duka di hati... Senyumlah seikhlas hati... Pasti harimu berseri... (cuba tengok bayi senyum, pasti hilang masalah). (^_^)

# Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
Doa senjata mukmin, berdoalah utk mukmin dan orang lain... Kerana doa jugalah pengerat silaturrahim dan ketautan hati mukmin dan muslim... 

إرسال تعليق

7 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. T.kasih di atas peringatan dan perkongsian...salam hujung minggu

    ردحذف
  2. T.kasih di atas peringatan dan perkongsian...salam hujung minggu

    ردحذف
  3. Salam hujung minggu Maria..Semoga kebahagian itu milik kita semua..Aminn..

    ردحذف
  4. Assalammmualaikum..truelove,

    Insallah . bagus 7 kunci ini kalau diamalkan dalam kehidupan seharian..

    mselim3

    ردحذف
  5. Perkongsian yg baik.. semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg berbahagia di dunia & akhirat... aamiin..

    ردحذف
  6. terima kasih di atas perkongsian ini.. semoga kita semua menjadi orang yang bahagia.. :D

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق