Hukum Wuduk Tangan Terkena Dakwat Pen

Maria Firdz
21
Sumber: google images

Lazim sebagai cikgu kan pegang pen dan alat tulis setiap hari. Begitu gak orang yang kerja kerani dan sebagainya. Lazimnya pegang pen. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang dakwat pen tu terkena tangan atau anggota wuduk yang lain. Dan lepas solat baru tersedar dakwat tu ada pada tangan. Persoalannya.. adakah sah wuduk dan solat kita??? Adakah kena ulang semula wuduk dan solat???

Jom lihat jawapannya:

Jawapan:
Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, liquid paper, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.

Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).

Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.

Wallahu A’lam
Kesimpulannya:
Sah wuduk dan solat jika dakwat pen tu jenis yang tak menghalang air wuduk. Tetapi kalau jenis yang licin dan menghalang air wuduk maka wajib ambil semula wuduk dan solat semula. Andai, kita sedar dakwat tu ada pada tangan sebelum wuduk, ada baiknya usahakan untuk mencucinya terlebih dahulu...sebelum berwuduk, tapi jika tak boleh juga nak dihilangkan, dimaafkan...

إرسال تعليق

21 تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. thanks for sharing info nie...kadang2 kita terlepas pandang dengan hal2 macam nie kan

    ردحذف
  2. thanks for sharing this info maria...penting info ni untuk pengetahuan kita,kadang2 kita alpa dengan perkara sekecik ini kan?

    ردحذف
  3. Kena jaga2 ni, nanti sia2 jesolat sedangkan wuduk kita xsempurna jaga kan

    ردحذف
  4. lebih bagus kalo check dulu anggota wudhuk kalo ada kotor etc sebelum ambil wudhuk :)

    ردحذف
  5. sy pun tau psl nih..sbb tuh kalo solat sy akan pastikan xde dakwat pen ke..

    ردحذف
  6. ye, kadang2 tu tak sedar masa menulis tengok tangan dah biru jer ada dakwat pen :) thanks :)

    ردحذف
  7. Minta maaf kalau terkena cat kapur ? Sebab ada org kata kalau terkena cat kapur dimaafkan. Betul ke ?

    ردحذف
  8. saya dah basuh tangan berapa kali dah tp still ada sikit kesan .. alahai :'/ tpi yakinkan hati juga ..

    ردحذف
  9. Kalau basuh periuk yang hitam kt bawah sebab api tu kan.. kena kt tangan pastu lupa nk bersihkan.. dah solat baru perasan balik.agak2 kesan hitam tu boleh telus air tak?tak reti plk nk bezakan yg hitam tu telus air ke x...sebab api dapur yg kena periuk tu yg buat periuk tu hitam..jadi x sure nk kategorikan kesan hitam tu telus air ke x..

    ردحذف
    الردود
    1. biasanya hitam arang kat bawah periuk atau kuali tu hitam melekit dan berminyak dan minyak memang tak telus air... sebaiknya, kena solat semula sebab tersedar lepas solat kan... jika rasa was-was solat lah semula...dengan wuduk yang baru...

      حذف
    2. Tp jika cuba gosok sedaya upaya masih ada kesan hitam di celah-celah kuku, dimaafkan x? Jzzk

      حذف
    3. kalau dah cuba gosok tapi masih tak keluar.. guna sabut atu peluntur pun sama, maka dimaafkan.. yang penting usaha dulu...

      حذف
  10. Assalamualaikum... Nak Tanya , klau pewarna makanan seperti sirap atau yang pewarna makanan utk ltak dlm kek tu x tnggal . dah ke solat ?

    ردحذف
    الردود
    1. w'salam... cuba gosok hingga hilang warnanya .. guna sabun sebab paling penting utk hilangkan minyak atau bahan kalis air ke kulit.. kalau masih ada warna takpe..asalkan bahan kalis air seperti minyak dah tanggal dari kulit.

      حذف
  11. /Nak Tanye... Kalau Dah Solat..Pastu Tetibe Baru Perasan Kt Jari Ade Setompok Liquid Paper...Kite Kene Solat Balik Ke??

    ردحذف
  12. Nak tanye laa.. Saya tadi kat sekolah ada guna liquid paper, lepastu saya sudah solat zohor,asar dan maghrib, ketika waktu sebelum solat isyak baru perasan liquid ada setompok kat tepi jari adakah sah solat saya yang dahulu itu?

    ردحذف
  13. Ketika saya di sekolah saya ada menggunakn liquid paper dan saya telah lalui waktu tengahari sampai sebelum solat isyak ketika saya lalui saya dah solat waktu zohor,asar dan maghrib.. Sebelum ambil wudhu solat isyak baru perasan ada setompok liquid paper kat jari.. Adakah sah solat zohor ,asar dan maghrib? Selain itu saya ada memegang alquran sebelum diketahui ada liquid paper..

    ردحذف
  14. bukan ke tangan adalah anggota sunat untuk dibasuh. Jika terkena sesuatu yg menghalang air wuduk adakah solat itu tidak sah

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!