6 Tabiat Sihat 'Terlampau' Yang Menakutkan?

Maria Firdz
3
sumber: google images

Anda cukup menjaga kesihatan sehinggakan terlupa bahawa pengambilan makanan sihat atau bersenam secara berlebihan turut mengundang kesan kurang baik.

 6 Tabiat Sihat 'Terlampau' Yang Menakutkan?

1. Kulit kekuningan terlebih makan lobak

Menurut pakar diet sukan The Dallas Cowboys, Amy Goodson, mengambil terlalu banyak buah dan sayur berwarna oren boleh menyebabkan carotenemia. Carotenemia berasal dari perkataan carotene (karoten) yang menghasilkan warna oren pada sayur. Meskipun tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kulit kekuningan dan oren.  Lebih baik anda campurkan sayuran yang mengandungi karoten bersama sayuran hijau atau sayuran warna lain. Anda masih boleh dapat banyak khasiat.

2. Serat buat perut kembung

Anda mungkin pernah mengalami perut kembung dan berangin setelah menukar menu dari nasi putih kepada roti penuh mil oat atau gandum. Menurut pakar gastroenterology dari Vincent Medical Center Los Angeles iaitu Patrick Takahashi, serat berlebihan menyebabkan gas dilepaskan oleh tindak balas antara bakteria usus dan serat melalui perut. Bakteria pada karbohidrat tidak dapat diserap oleh usus kecil sehingga membawa kepada pembentukan gas. Untuk mengurangkan kembung perut, 14 gram serat setiap 1000 kalori diperlukan.

3. Air kencing berwarna gelap selepas bersenam

Senaman berat boleh mengakibatkan rhabdomyolysis, keadaan di mana berlaku koyak pada tisu otot dan bocor di dalam darah. Menurut pakar perubatan sukan dari Hoag Orthopedic Institute di California, David Kruse, kerosakan otot keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang. Simptom otot bengkak mungkin tidak kelihatan tetapi air kencing berwarna gelap, jantung berdenyut laju dan sakit otot perlu mendapat rawatan segera. Kurangkan masalah ini dengan kekal hidrasi dan bersenam mengikut kemampuan tubuh.

4. Banyak minum air buat anda sakit

Badan memang memerlukan banyak air untuk 'menjalankan' tindak balas dengan betul. Namun, terlebih minum air boleh menyebabkan hyponatremia, iaitu keadaan di mana ia sangat berbahaya apabila lebihan air boleh mencairkan natrium dalam aliran darah. Ia boleh menyebabkan rasa loya, kekejangan otot dan kekeliruan yang boleh membawa maut! Secara purata, seorang wanita sepatutnya mengambil lebih kurang 2.7 liter cecair setiap hari bergantung pada tahap aktiviti, iklim, kesihatan dan lokasi.

5. Bar protin buat anda sembelit

Kebanyakan bar protin bukan saja rendah serat tetapi kurang nutrisi seperti hidangan lengkap meskipun ia dikatakan mengandungi kandungan vitamin dan mineral. Matlamat anda sepatutnya makan lebih banyak makanan lengkap. Oleh itu, pilih buah dan mentega kacang semula jadi atau yogurt rendah lemak dan beberapa buah beri. Ada baiknya pilih saja bar protin yang mengandungi tiga hingga empat gram serat.

6. Terlebih guna pembersih tangan melemahkan sistem imun anda

Anda merasa yakin apabila menggunakan gel antibakteria setiap lima minit, terutama diserang selesema. Tetapi terlalu banyak perkara baik boleh menjadi kurang baik! Kerap menggunakan pembersih tangan menjadikan bakteria lebih 'mesra' dan lebih terdedah kepada serangan patogen. Menurut kajian dari Public Health, University of Machigan School, orang muda lebih terdedah kepada alahan atau demam kerana bahan yang ditemui di dalam pembersih tangan. Sabun biasa dan air adalah bahan terbaik untuk membasuh tangan.

Sepatutnya, setiap pengambilan makanan sihat bergantung kepada keperluan tubuh badan seseorang. Ia samalah diibaratkan seperti mahu cepat sembuh dengan mengambil ubat-ubatan tanpa menyedari terlebih ubat boleh memberi kesan kurang baik pada buah pinggang. Tepuk dada, tanyalah selera!


Bersederhanalah dalam segala hal.. Tapi benar juga sebenarnya... dalam penjagaan kesihatan jangan takut dan terlalu menjaga sangat, takut2 over tu yg memudharatkan nanti... ada orang jaga anaknya, jangan bagi kotor, pakaian pun basuh buh khas untuk kanak-kanak, segalanya khas lah... tapi aku rasa tindakan itu lagi bahaya, sebab nanti sistem imun dia makin lemah sebab tak bekerja... jika kita bandingkan budak kampung yang main lopak, main kotor, main hujan dan tahan lasak, memang badannya lasak dan tahan serta kental imunnya... berbanding anak-anak yang terlalu menjaga kesihatan termasuk pendedahan supplement terlalu awal... 

إرسال تعليق

3تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !