Dukung Anak Ketika Hamil

10
Si kecil meragam asyik nak berdukung. Mama pula sedang alahan mengandung anak kedua. Pening kepala mama dibuatnya.
Gambar hiasan

Mengandung anak kedua atau seterusnya dengan mempunyai anak yang masih kecil tentu sahaja mencabar bagi sesetengah ibu. Rengekan si kecil tanda dia mahu perhatian yang lebih. Bagi yang baru mengandung di trimester pertama, tentu sahaja risau memikirkan keadaan ‘orang di dalam’.

Jangan risau, mendukung anak ketika anda sedang hamil tidak meletakkan kandungan pada tahap berisiko. Bagaimanapun, ia bergantung kepada berapa berat anak yang didukung dan berapa usia kehamilan anda.

Namun, jika anda mempunyai risiko kehamilan, doktor mungkin menasihatkan anda agar tidak mengangkat sebarang objek berat.

Pakar secara amnya mencadangkan ibu hamil tidak mengangkat objek berat lebih daripada 10 kg ke atas. Mengangkat objek berat boleh mencederakan bahagian belakang anda. Ketika hamil, saiz rahim mengembang dan mengendurkan otot perut, dan tidak dapat menampung otot belakang ibu dengan baik.

Tanpa sokongan otot perut, anda berkemungkinan tergeliat bahagian belakang setiap kali mengangkat sesuatu objek berat.

Jika terpaksa juga mengangkat anak anda yang besar kerana tiada yang membantu, gunalah panduan berikut:


*Jika anak tidur di dalam kereta dan anda perlu mengangkatnya, bengkokkan lutut ketika mengangkatnya, berbanding anda membengkokkan pinggang. Luruskan belakang anda apabila mengangkat.

*Sekiranya terasa sakit ketika mengangkat anak, turunkan dia. Beritahu anak yang anda penat dan tidak boleh mendukungnya. Duduk di atas permukaan keras dengan bahagian belakang badan diluruskan dapat membantu anda kembali selesa.

*Jika ada yang membantu di dalam rumah, anda boleh memintanya mengangkat anak dan meletakkan di tangan apabila anak mahu didukung. Cara ini mengelakkan daripada anda mengangkatnya dari bawah, yang memberi lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan.

*Disiplinkan anak untuk biasa dengan duduk di dalam kereta sorongnya ketika keluar berjalan atau jika sudah boleh berjalan biar dia berjalan sendiri.

*Jangan mendukung anak di tepi pinggul, cara ini lebih membuatkan anda mudah tergeliat.

*Sebaiknya dukung anak menggunakan sling tetapi tidak sesuai untuk anak yang bersaiz besar dan berat.


Nota ungu: Biasa memang menggunakan tenaga en.somi je.. memang aku tak dukung Faiqah.. semput ok.. Walaupun kecik, tapi semangat lebih dia ni..

autopublish entry

إرسال تعليق

10 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. sma la..sedih juga bila ank merengek2 nak suruh dukung...dukung juga jap..bila en.suami xda di sisi nak membantu

    ردحذف
    الردود
    1. huhu.. sedihnya.. xpe lah.. moga Allah beri kita kudrat yg lebih..

      حذف
  2. nice sharing.. teringat kawan aiza yang keguguran selepas dia menolak tong gas..

    ردحذف
    الردود
    1. huii.. dasyat.. pmpuan khwin, kna jaga bdn dh.. xleh angkt brt2..

      حذف
  3. nasi baik anak 1st saya baru 9kg..selalu risau kan si kecik dalam perut bila dukung si abang.tq for sharing

    ردحذف
  4. Memang mencabar….azuin mmg asyik nak dukung….tappi skrg terpaksa kurangkan…kadang2 angkat gak sebab kesian pulak dok merengek…kalau pagi p nursery mmg wajib dukung sbb azuin tido..perut dah mula besar…hopefully tak ada apa yang memudaratkan je..tapi takut gak rahim jatuh ke….seriau…

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

إرسال تعليق