GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Tarik Minat Anak-anak untuk Solat: Solat Ibarat Batang Mancis

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

Sumber



Nota ungu: Nak praktikkan teknik ni, kepada anak2 didik di sekolah... best sgt nih... :)

7Ulasan

  1. wah...bagus ni tips ni...boleh bookmark entry maria ni buat panduan pada masa akan datang... ^_^

    BalasPadam
  2. tq share this , bagus sgt ni!

    BalasPadam
  3. alhamdulilah bagus sekali entri ini, izinkan acik share di fb ye kak :)

    BalasPadam
  4. bagus perkongsian ini...senang untuk beri kefahaman kpd anak2 kecil yg sedang membesar...

    BalasPadam
  5. Perkongsian yg sgt menarik.. bagus buat tarikan & pemahaman anak2 ye..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ