GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum lelaki memakai cincin tanda dah berkahwin



Sekarang ni musim orang kahwin. Maklumlah cuti sekolah dan hujung tahun, ramai pasangan yang ambil kesempatan untuk mengadakan walimatulurus.

Salah satu adat baharu yang dibuat orang kita ialah... Adat batal air sembahyang dengan menyarung cincin perkahwinan.

Jika dulu, hanya suami sahaja yang menyarung cincin kepada isteri  sebagai tanda hadiah kahwin atau sebagai mas kahwin.

Tapi zaman dah moden.. Pengaruh dari Barat mula masuk... Jadi, budaya menyarung cincin juga ditiru... Bukan hanya suami sarung cincin, tapi juga isteri pula menyarung cincin kepada suami.

Tapi yang jadi persoalan... Bolehkah dalam agama Islam, lelaki memakai cincin perkahwinan atau sebagai tanda dah berkahwin?

Sebab cincin tu adalah perhiasan bagi wanita..

Ikuti penjelasannya..


Hukum lelaki memakai cincin tanda dah berkahwin 

S : Apakah hukumnya lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada suasa atau platinum? Ia telah menjadi satu fesyen dalam kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga masa kini.

Hukum lelaki memakai cincin tanda dah berkahwin


J : Ramai yang menganggap hukum lelaki memakai cincin hanya bergantung kepada jenis logam. 

Haram
Haram memakai cincin yang diperbuat daripada emas dan halal memakai cincin yang diperbuat daripada logam-logam lain seperti perak, platinum dan lain-lain. Sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi hukum lelaki memakai cincin.

Cincin emas
Pertama: Lelaki dilarang daripada memakai cincin yang diperbuat daripada `emas kuning [Shahih al-Bukhari, no: 5414]. Larangan ini sudah diketahui ramai.

Dilarang dengan tujuan perhiasan
Kedua: Lelaki dilarang memakai cincin atas tujuan perhiasan diri. 

Ini kerana cincin adalah barang perhiasan khusus kaum wanita dan Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).

Larangan memakai cincin tunang atau kahwin
Ketiga: Lelaki dilarang memakai cincin pertunangan mahupun perkahwinan. 

Cincin pertunangan mahupun perkahwinan adalah budaya orang bukan Islam dan kita sebagai umat Islam dilarang daripada menyerupai mereka. 

Tidak mengapa jika seorang isteri memakai cincin pertunangan atau perkahwinan dengan tujuan ia adalah perhiasan dirinya. 

Namun bagi seorang suami, cincin bukanlah barang perhiasan baginya. 

Berkenaan larangan penyerupaan ini, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka adalah dia daripada mereka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4031]


Cincin Rasulullah SAW
Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya, bukankah Rasulullah juga memakai cincin? 

Ya, benar bahawa Rasulullah memakai cincin. 

Namun baginda tidak memakainya sebagai perhiasan diri atau sebagai cincin perkahwinan. 

Tujuan Rasulullah SAW. Pakai cincin
Baginda memakainya sebagai cop mohor.

Di mata cincin Rasulullah, diukir tulisan “Muhammad Rasulullah”. 

Cincin ini baginda gunakan untuk menurunkan cop mohor ke atas surat-surat rasmi yang baginda utus kepada para pemimpin dan pembesar kaum lain. 

Ketika tidak digunakan sebagai cop mohor, baginda akan memusing mata cincin ke dalam, ertinya menghadap ke tapak tangannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5417]


Jika dikaji tujuan dan cara Rasulullah memakai cincin, jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian orang yang memakai cincin atas alasan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mereka memakai cincin di beberapa jari, setiapnya dihiasi dengan mata cincin yang diperbuat daripada batu-batu yang cantik lagi berharga. Ini adalah amalan yang menyelisihi sunnah Rasulullah.

Merujuk kepada soalan di atas, apa yang penting bukanlah jenis logam tetapi tujuan cincin itu dipakai. Sudah dijelaskan lelaki tidak boleh memakai cincin atas tujuan perhiasan atau tanda sudah berkahwin. Selain dua tujuan ini, saya tidak mengetahui apa tujuan lain untuk seorang lelaki muslim memakai cincin, baik yang diperbuat daripada suasa, platinum atau apa-apa logam lain.

http://pama.karangkraf.com

3تعليقات

  1. Saya pun tak berkenan lelaki pakai perhiasan. Terutama yang jenis pakai cincin batu besar besar delima tak delima tu. Macam bomoh saja.

    ردحذف
    الردود
    1. sama lah, saya pun tak suka. kadang dok terpikir kotoran terlekat kat celah2 cincin tu

      حذف
  2. akak pun tak berapa berkenan lelaki memakai cincin, lagi-lagi yang pakai sampai penuh jari...

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ