Terkenal sebagai bandaraya bersejarah dan telah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO, ia menjadikan negeri Melaka sebagai salah satu lokasi yang wajib untuk dikunjungi. Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi di negeri ini bersama anak-anak. Anda boleh jadikan percutian ini sebagai percutian berilmiah untuk anak anda mengenali sejarah tanah air.
Oleh itu, untuk
memudahkan anda membuat pilihan tempat penginapan, berikut kami kongsikan 5 hotel di Melaka yang popular untuk anda
masukkan dalam senarai pilihan tempat penginapan anda.
Pilihan 5
Hotel Di Melaka Yang Popular
1. Hatten
Hotel Melaka
Hatten Hotel Melaka ini terletak di tengah-tengah kota Melaka dan dikelilingi oleh pelbagai mercu tanda bersejarah yang diiktiraf. Semua kemudahan yang disediakan oleh hotel ini memang terbaik. Anda patut cuba menginap di sini walaupun hanya semalam.
Apabila anda masuk sahaja ke bahagian lobi hotel, anda pasti terpegun melihat rekaan dalamannya yang sangat eksklusif. Daripada tingkap bilik pula, anda boleh menyaksikan pemandangan bandaraya bersejarah Melaka dan menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam.
Anak-anak juga
pasti teruja apabila melihat kolam yang disediakan. Bolehlah anak anda berenang
dengan sepuas-puasnya. Jangan lupa juga untuk singgah ke kafe hotel ini.
Pelbagai jenis makanan dijual termasuklah pencuci muka seperti kek (wajib
cuba!).
2. Swiss
Garden Melaka
Nak tahu tak, di Swiss Garden Melaka ini terdapat kolam bersaiz olimpik. Bukan satu, tetapi dua! Memang sesuai sangat bawa anak-anak dan keluarga bercuti di hotel ini. Kewujudan kolam yang bersaiz olimpik ini adalah merupakan salah satu tarikan utama di hotel ini.
Untuk pengetahuan anda, hotel ini adalah merupakan hotel yang tertinggi di Melaka tau. Ia terletak betul-betul di atas sebuah pusat membeli belah yang cukup terkenal di Melaka, iaitu The Shore.
Salah tujuan utama
bercuti semestinya nak pergi tempat-tempat yang menarik kan. Jangan risau,
hotel ini juga terletak di sekitar tapak pelancongan bersejarah di negeri ini.
Jalan Jonker Melaka yang terkenal tu pun hanya terletak hanya 15 minit berjalan
kaki dari hotel!
3. Moty
Hotel
Moty hotel menawarkan anda pengalaman menginap di hotel mewah yang eksklusif dengan harga yang sangat berpatutan. Sekiranya anda mempunyai citarasa yang tinggi dan suka dekorasi yang mewah, hotel ini adalah pilihan yang tepat. Anda pasti terpesona melihat reka bentuk luaran dan juga dalamannya. Cantik sangat!
Kemudahan yang
disediakan juga memang terbaik, lengkap dengan kolam renang kanak-kanak dan
juga orang dewasa. Ia juga turut menyediakan kemudahan spa dan sauna. Dari segi
lokasi, anda boleh akses ke tempat-tempat menarik seperti Mahkota Parade dan
Dataran Pahlawan hanya dengan berjalan kaki.
4. Casa
Bonita Hotel
Sama seperti beberapa hotel yang lain, lokasi Casa Bonita Hotel ini juga sangat berdekatan dengan pelbagai tempat menarik dan bersejarah seperti Kota A Famosa, Taming Sari, Jonker Walk dan sebagainya. Sekiranya anda hendak ke Pantai Klebang, ia hanya memakan masa selama 10 minit pemanduan sahaja.
Hotel ini juga
menyediakan kolam renang yang boleh diakses oleh semua pengunjung. Saiz kolam
renangnya boleh tahan besar juga. Anak-anak anda pasti seronok apabila menginap
di sini!
5. The Pines
Melaka
Hotel The Pines Melaka ini memang sesuai untuk percutian keluarga. Anda boleh menempah bilik yang menyediakan dapur mini untuk memudahkan anda. Di samping itu, anda boleh menikmati pemandangan Sungai Melaka dan bandaraya Melaka yang cukup mengasyikkan daripada tingkap bilik.
Pemandangan yang sama juga boleh dinikmati daripada kolam renang yang terletak di tingkat 7 hotel ini. Apa yang menariknya, kolam renang di hotel ini menggunakan air masin seperti air laut. Untuk makluman, anda boleh terus ke kolam renang dari bilik anda sekiranya anda memilih pakej bilik Pool Side Suite. Fuh, memang terbaik!
–
Jom buat tempahan
hotel pilihan anda melalui aplikasi atau laman web Traveloka untuk menikmati
diskaun dan harga terendah!
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Dah lama betul ibu tak ke Melaka..
BalasPadamTq share info hotel yang menarik di sana.. ;)