GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2 | Drama 7 Hari Mencintaiku 2 kini menjadi trending dan sebutan ramai. Dengan kejayaan semasa siri yang pertama… sekali lagi drama yang diadaptasi dari novel ini mencipta kejayaan kerana trending di media sosial.

MF dan suami bukanlah peminat drama Melayu, tapi jika ada drama-drama yang menjurus kepada tema kekeluargaan dan keinsafan MF akan tonton.

7 Hari Mencintaiku pernah MF tonton dulu… kini bila ditayangkan drama siri yang kedua, pastinya MF dan suami tak lepaskan peluang untuk kami tonton bersama suami isteri.

Walaupun ada yang kata, drama ni tak bagus…  ada unsur negatif (MF tak pasti kat mana negatif nya citer Ni). Tapi sebenarnya banyak benda kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini.

Mungkin ada yang tak berapa jelas apa mesej yang penulis drama ni nak sampaikan. Tapi sebenarnya, banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni.

Banyak benda boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Online

Ibu bapa jangan masuk campur hal rumahtangga anak yang dah berkahwin.

Isu ini bukan isu baru, tapi bila sesuatu perkahwinan ada percampuran tangan dengan mentua, mentua tak suka menantu perempuan memang satu cabaran.

Suami perlu tegas dan pertahanan isteri

Watak Khuzairi dalam citer ni menunjukkan suami Mia tak tegas mempertahankan isterinya bila dicaci dan dimaki oleh ibunya.

Memang wajib seorang anak menghormati ibu tetapi wajib juga bagi seorang suami melindungi isterinya.

Memang sesiapa akan tersepit melalui kisah begini… tersepit antara isteri dan ibu.

Helmi tunjuk cara nasihat seorang ibu

Dalam episod 28 kalau tak silap MF, ada satu babak memaparkan Sofi juga disindir Mak Leha kerana tiada anak.

Akibat terasa dengan mentua, dia turut meluahkan pada suaminya. Dan dengan penuh hikmah, Helmi menasihati ibunya. Penuh hikmah dan lemah lembut.

Jadi, sebagai anak tak salah kita nasihat ibu kalau kita tau benda ibu buat tu tak betul. Tak semua perkara anak perlu taat. Kalau benda yang salah dan dilarang agama tak wajib kita taat.

Kesetiaan Pak Andak melayan Mak Andak.

7 Hari Mencintaiku 2 Full Online

Walaupun watak Pak andak dan mak andak hanya watak pembantu, tapi mesej dari 2 watak ini sangat menyentuh hati.

Betapa hebat mereka diuji dengan kemiskinan… anak yang meninggal, mak andak yang sakit… tapi pak andak tetap tabah dan sabar menghadapi ujian dengan redha.

Redha dengan ujian Allah menjadikan kita orang yang tenang dan jiwa lapang walaupun tak mewah dan senang dengan harta.

Bila Syakila tersalah pilih suami

Pernah dulu satu kata-kata dari pakar motivasi… "Wanita yang malang, ialah wanita yang tersalah pilih suami".

Bagaimana Syakila yang kerana menurut nafsu, akhirnya terpaksa berkahwin dengan lelaki yang menodainya.

Bila dah kahwin… lelaki itu terus tak membela nasibnya sebagai isteri. Dan akibat tertekan, adik sendiri menjadi mangsa dera. Kesian Kenit.

Harta tak menjamin kebahagiaan

Point utama dalam drama ini . Ditonjolkan dalam watak ibu Mia Adriana dan juga bapa Sofi…

Kerana duit sanggup buat apa saja termasuk jual anak dan buang anak.

Dan akhirnya, baru sedar yang duit tak menjamin kebahagiaan.

Kenit semangat nak tuntut ilmu

Watak cilik yang ditonjolkan iaitu Kenit dalam drama ini menunjukkan betapa semangat dia untuk menuntut ilmu.

Walaupun kakaknya tak menyokong dia untuk bersekolah tapi semangat dia kuat.. usaha sendiri untuk kesekolah. Semangat Kenit ni sepatutnya jadi tauladan kepada pelajar dan remaja lain.

Kenit tahu nak senang kemudian hari kena ada ilmu. Jadi, watak ni sepatutnya kita belajar dari watak kenit ni.

Elakkan anak kecil lihat pergaduhan

Kalau perasan, walaupun Mia dan suami bergaduh, dan bila ada pergaduhan dalam rumah Pak Samad, sebolehnya Alisa akan dialihkan dari salah seorang ahli keluarga mereka untuk melihat pergaduhan orang dewasa.

Jadi, kita boleh belajar sesuatu dari drama 7 hari mencintaiku 2 ini… jika ada pergaduhan antara suami isteri jangan sesekali libatkan anak.

Manusia berpegang pada janji

Itu yang ditonjolkan dalam watak Mia. Ramai pertikai kenapa dia turut juga kata mak Leha… walaupun mak Leha dah berubah dan insaf… sebenarnya bukan Mia ego, tapi lebih kepada berpegang kepada janji.

Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Ini juga satu pengajaran buat watak Nurul yang ambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam rumahtangga Mia dan Khuzairi.

Restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga

Doa dan restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga dan kehidupan seorang anak.
Ini dapat dilihat dari watak Khuzairi dan Mia serta watak Nurul. Dan akhirnya mereka bahagia kerana Mak Leha terima dia sebagai menantu.

Sabar dan tabah menerima ujian tiada anak

Ujian tiada dikurniai cahaya mata sangat kuat bagi mereka yang melaluinya. Bukan sahaja menepis mulut orang, tapi juga kata-kata dari ahli keluarga sendiri.

Cukuplah itu yang MF senaraikan … sebenarnya banyak lagi yang boleh dipelajari dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni..

Tak salah pun nak tonton drama macam ni… boleh ambil pengajaran… dan apa yang dipaparkan dalam drama ini memang realitinya terjadi.

Penulis skrip a.k.a penulis novel 7 Hari Mencintaiku 2 ini bukan calang orang.. Siti Rosmizah ni merupakan seorang peguam yang berpengalaman. Jadi, semestinya novel yang beliau hasilkan lebih berhasilkan kekeluargaan daripada cinta biasa.

Drama ni 13 tahun ke atas… jadi takde unsur terpengaruh sebab penonton mestilah yang lebih matang untuk nilaikan baik buruk. Tapi kalau mudah terpengaruh dengan unsur negatif, takpe lah… Tak payah tonton.

Apa pun… MF dan suami memang tonton bersama drama ni… dan kami sama-sama ulas untuk ambil pengajaran bersama.

Teguran 

Apa pun, kurang gemar aksi-aksi romantik keterlaluan dalam drama ini… sebab status pelakon suami dan isteri orang. Sebaiknya perlu juga ada batas tertentu…  Mungkin untuk nampakkan romantik… tapi tak semestinya romantik tu aksi di dalam bilik dan atas katil sahaja kan…  Kat sini peranan drama atau filem untuk tunjukkan romantik tu luas konsepnya sebenarnya….

Sekian, ulasan dari penonton 7 Hari Mencintaiku 2… MUngkin ada yang setuju, ada juga yang tak setujukan dengan apa yang disenaraikan penulis di sini… apa pun terpulang kepada pandangan masing-masing… Jangan gaduh-gaduh ya… #staysafe

4Ulasan

  1. Awal2 tak tgk last2 ni br tgk... Bgs byk pengajaran dr citer ni

    BalasPadam
  2. betul setuju maria..amik yg boleh dibuat pengajaran dalam drama ni..ambil yg jernih buang yg keruh..yg baik kita ikut yg keruh kita tgalkan..

    BalasPadam
  3. akak tak tengok drama ini, tapi memang ramai betul peminatnya... akak setuju dengan semua point di atas, anak lelaki memang kene hormat emak tapi bukan la biarkan je mak masuk campur urusan rumah tangga kita...

    BalasPadam
  4. saya setuju! suka tgk helmi yg caring sangat dan cara die nasihatkan mak die masa sofi terasa hati dengan mak die

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ