GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban... | Dalam kita buat amal kebaikan, ada kalanya itulah yang terbaik...

Tapi sebenarnya, bila kita tahu ganjarannya kita pasti akan menyesal. Seperti yang berlaku pada Sya'ban.
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

"Kenapa tidak jauh lagi?.. Kenapa tidak yang baru?.. Kenapa tidak semua?" tanya Sya'ban seorang sahabat Nabi sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Isteri Sya'ban yang kehairanan dengan reaksi suaminya, menanyakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW yang  datang berziarah ke rumahnya pagi itu.

Lalu Rasulullah SAW menjawab ;

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak jauh lagi?' adalah kerana dia telah melihat ganjaran nikmat yang Allah telah sediakan untuknya kerana perjalanan kira kira 3 jam ulang alik setiap hari dari rumah beliau ke masjid untuk solat berjemaah. Sya'ban menyesal kerana sekiranya jarak rumah beliau ke masjid lebih jauh, maka sudah pastilah ganjaran daripada Allah lebih besar lagi."

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak yang baru?' adalah kerana dia telah diperlihatkan oleh Allah akan ganjaran nikmat yang akan diperolehinya hasil daripada dia menyedekahkan baju kepada seorang fakir. Pada ketika itu bersamanya ada sehelai baju baru dan baju lama tetapi dia menyedekahkan bajunya yang lama. Sya'ban menyesal kerana sekiranya beliau menyedekahkan bajunya yang baru sudah pastilah ganjaran daripada Allah adalah lebih besar lagi".

"Adapun Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak semua?' adalah kerana Allah telah memperlihatkan ganjaran nikmat yang bakal diperolehinya hasil daripada dia memberi separuh roti kepunyaannya kepada seorang fakir miskin. Sya'ban menyesal kerana jika dia memberi ke semua roti yang ada ditangannya pada masa itu, sudah pasti dia akan mendapat ganjaran yang lebih besar lagi daripada Allah".

Ya, begitulah kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Sya'ban. Walaupun mungkin versi penyampaian kisah ini sedikit berbeza dari kisah yang pernah kalian baca atau dengar, tetapi mesej yang hendak disampaikan amat jelas sekali.

Kita tidak mengatakan Sya'ban gagal dalam pengabdian dirinya kepada Allah, tetapi apa yang perlu kita fahami adalah orang sehebat Sya'ban dalam melakukan ibadah pun masih lagi merasa menyesal, bagaimana pula kita yang masih jauh terkebelakang ini ya? Apakah kita telah merasa cukup dengan amal ibadah yang kita lakukan selama ini? Ini yang perlu kita muhasabah bersama sama.

Sebenarnya kisah Sya'ban ini mengajar kita untuk melakukan ibadah kepada Allah dengan bersungguh sungguh dan sentiasalah mencari cari peluang untuk melakukan ibadah sebanyak dan sebaik mungkin kepada Allah.

Kita ambil contoh yang mudah untuk kita fahami. Secara optimumnya bagi seorang "kaki masjid", dia hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti sepenuhnya program yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau yang selalu didatanginya. Jika ada kuliah yang dijalankan, jangan dilepaskan peluang untuk menghadirinya. Ada segelintir "kaki masjid" lebih memilih duduk bersembang diluar masjid bersama jemaah yang lain sambil menunggu solat isyak berbanding duduk didalam majlis ilmu. Alangkah ruginya!

Jika kita kaitkan keadaan mereka dengan kisah Sya'ban, apakah mereka tidak akan menyesal sekiranya Allah memperlihatkan akan nikmat nikmatNya kepada mereka lalu ditunjukkan pula nikmat yang lebih besar sekiranya mereka mendatangi majlis majlis ilmu? Mungkin akan terkeluar dari mulut mereka "kenapa aku tidak menghadiri majlis ilmu?".

Bagi orang orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan menyesal di akhirat sana kerana peluang hidup di dunia tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk ibadah. Mereka menyesal kerana adanya nikmat syurga yang lebih hebat lagi sedangkan amalan yang diusahakan oleh mereka tidak cukup bagi melayakkan diri mereka untuk memperolehinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". [50:22] Wallahu'alam.

Kredit: #AkhiAdifGorment via telegram channel

0تعليقات