بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Redakan Selesema, Batuk dan Asma Anak Dengan Tropika Baby Herbal Cream | Tak pernah terfikir akan ada salah seorang anak MF mewarisi penyakit keturunan dari keluarga MF iaitu penyakit asma. Selepas dua anak MF sebelum ni memang bebas dari penyakit asma... Anak ketiga di uji dengan penyakit ni.
Memang tak sangka... Usia belum pun jengah setahun dah kena sedut nebulizer untuk redakan asma dia. Jam 3 pagi kami suami isteri bergegar ke hospital untuk ambil gas tu... Kesian dengan dia yang asyik batuk dan terus kena asma.
Sejak itu, kami mencari solution lain untuk reda dan cegah sakit dia.. Tak nak biar kan ianya berulang.
Setelah mendapat beberapa info dari perkongsian rakan di Facebook, MF cuba cari Tropika Baby Herbal Cream. Sebelum ni guna vicks untuk redakan batuk dia tapi kurang berkesan.
Alhamdulilah, ada jual dekat kedai belakang rumah. Terus beli dan malam tu terus pakaikan pada dia.
Redakan Selesema, Batuk dan Asma Anak Dengan Tropika Baby Herbal Cream
Cara Guna
Lepas mandi petang, sapu Tropika Baby Herbal Cream pada dada, belakang dan kedua-dua tapak kaki.Lepas tu sebelum tidur sapu lagi pada dada dan belakang. Alhamdulilah.. Dengan izin Allah sejak amalkan sapu Baby Herbal Cream tu, asma dia dah tak berulang. Kalau batuk ke selesema ke, cepat-cepat sapu cream tu pada dada, belakang dan tapak kaki. Insha Allah... Cepat reda dan tak berlarutan.
Sejak tu, ke mana pergi memang bawa je Tropika Baby Herbal Cream ni... Bukan baby je boleh guna, kadang MF pun guna juga bila rasa batuk dan sesak dada.
Adik GV guna produk ini untuk anak dia. Mmg sangat bagus.
BalasPadam