بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN SEWENANGNYA
Dari Abu Hurairah R.a., bahawasanya Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Jika ada seseorang berkata, "Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." (HR. Muslim)
Keterangan:
Imam Nawawi ketika menulis Hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
Haram Salahkan Orang Lain
Ada pun orang yang berkata seperti ini sekiranya ia melihat seseorang jauh dari agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat akhlak mereka, dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
Hadis ini sengaja diletakkan di hadapan halaman supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam bila menerangkan hadis-hadis akhir zaman tentang kemerosotan moral seseorang. Oleh kerana itu janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita dan jangan sewenangnya menuding orang lain.
Walaupun kerosakan moral umat Islam kini perlu ditegur untuk tujuan kebaikan, namun penyingkapannya perlu dalam bentuk yang lembut dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah terhadap orang lain.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpah kurnia-Nya mencucuri rahmat kita, taufiq dan hidayah buat kita semua.
Aamiin ya Allah.
Bila diri diuji, jangan sibuk menunding jari pada orang lain... Tapi banyakkan muhasabah diri kerana ujian Allah atas dosa kita.
bagus info... terima kasih
BalasPadamsetuju
BalasPadam