ADA APA DENGAN BAJET 2018?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADA APA DENGAN BAJET 2018? | Alhamdulillah, #bajet2018 sudah pun melabuhkan tirai semalam… Memang meriah bajet semalam… Penuh wall kat Facebook pasal bajet 2018 sahaja… Sampai ke tengah malam juga riuh rendah bab bajet ni…

Ada suka, ada duka, ada yang gembira dan ada yang kecewa… Tapi itu perkara biasa … sebab bukan mudah nak buat bajet yang mampu memuaskan hati semua pihak kan… Namun, secara keseluruhan, bajet kali ini Nampak sedikit kesamarataan tu ada…

Dari bayi dalam kandungan hingga warga emas ada faedah… Dari pekerja swasta hingga pekerja kerajaan ada juga disebut dalam bajet kali ni. Tapi ada juga lah yang tak puas hati… Biasalah manusia… Mana reti nak bersyukur kan… Ada saja yang tak kena… Biarkan saja…

Apa pun, MF kongsikan sikit ringkasan dari intipati #bajet2018 kali ini…

bajet2018

INTIPATI BAJET 2018


MEMARTABAT SYIAR ISLAM DAN PENGUTUHAN JATI INSAN


  • Membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar, dikendalikan GiatMara (RM50 juta);
  • Skim latihan kemahiran GiatMara terpilih akan diperkenalkan kepada sekolah tahfiz;
  • Bayaran elaun bulanan imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir (RM588 juta);
  • Bayaran khas one-off  RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri (RM100 juta).


MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM


  • Kenaikan pangkat 'time-based' kali 2 bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun;
  • Memberi faedah persaraan (bersara atas sebab kesihatan);
  • Membenarkan GCR melebih 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;
  • Menaikkan CRK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun;
  • Kemudahan 7 hari CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah;
  • Menambah waktu kerja berperingkat iaitu bermula 9 pagi hingga 6 petang;
  • Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas (telah diwartakan 4 tahun) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu kerja Fleksi;
  • Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama);
  • Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari (maksimum 90 hari setahun);
  • Kursus Sarjana dan PhD secara 'in-house';
  • Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000;
  • Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara;
  • Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
  • Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri


LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) – 


  • Pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf;
  • Yuran guaman pembelian rumah sebagai sebahagian skop pembiayaan LPPSA;
  • Anak dan ibu bapa membuat pembiayaan bersama daripada LPPSA (keduanya anggota perkhidmatan awam)
  • Pembiayaan bersama (joint loan) di antara suami/isteri/anak yang salah seorang bukan penjawat awam


WARGA GLC


  • Meningkatkan pelaburan latihan dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja.
  • Taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja wanita mengandung;
  • Memperkenalkan kemudahan lepasan cuti menunaikan umrah;
  • Menambahkan 'flexible work arrangement';
  • Memperkenalkan 'flexible benefits': menukarkan kelayakan cuti kepada ganjaran tunai;


KEBAJIKAN WARGA EMAS, OKU DAN KANAK-KANAK


  • Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin (RM245 juta).
  • Menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan (RM100 juta);
  • Menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan (RM603 juta);


GST


  • Tiada GST bagi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kediaman berstrata.
  • Pelapasan GST diberi ke atas pengimportan 'big ticket items' seperti kapal terbang dan kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan;
  • Pelepasan GST pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan (lease agreement)
  • Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan pembangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma;
  • Pelepasan GST ke atas operator kapal persiaran
  • Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan termasuk majalah dan komik
  • Tiada GST ke atas pembekalan perkhidmatan oleh PBT;


MENJANA PENDAPATAN RAKYAT


  • Memansuhkan kutipan tol mulai 1 Jan 2018 bagi Batu Tiga dan Sungai Rasau (Selangor), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Eastern Dispersal Link (Johor).
  • Program FAMA dan LKIM bagi memastikan stok makanan berpatutan (RM50 juta);
  • Agrobazaar Malaysia dengan harga jualan agro lebih rendah (RM20 juta);
  • Penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak (RM80 juta);
  • Menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dengan menjual 5 barang keperluan asas dengan harga rendah: beras, gula, minyak, tepung dan gas memasak serta 50 SKU;
  • Subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. (RM3.9 bilion)
  •  Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC (RM100 juta);
  • Program BR1M (RM6.8 bilion);
  • Penggunaan aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu - geran RM5,000;
  • Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS (RM25 juta);
  • Program 1Azam bagi meningkatkan pendapatan (RM60 juta);
  • Pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4% (RM120 juta);


SKIM PERSARAAN 1MALAYSIA

Meningkatkan Skim Persaraan 1Malaysia kepada 15% maksimum RM250 setahun untuk 5 tahun dari 2018-2022.

PEMBANTU RUMAH ASING

Kebenaran untuk pengambilan pembantu rumah asing secara terus tanpa melalui agen.

PERUMAHAN


  • Pengecualian cukai ke atas sewaan sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM2,000.
  • Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik;
  • Penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (RM200 juta);
  • Projek Perumahan Rakyat (17,300 unit), Rumah Mesra Rakyat (3,000 unit), PR1MA (210,000 unit), PPA1M (25,000 unit), MyBNHome (600 unit), MyDeposit & MyHomes (2,000 unit);


PENGURANGAN KADAR CUKAI INDIVIDU

*meningkatkan pendapatan boleh guna antara RM300 ke RM1000
*RM50, 001 - 70,000 16% ke 14%
*RM35, 001 - 50,000 10% ke 8%
*RM20, 001 - 35,000 5% ke 3%

WANITA & KESEJAHTERAAN KELUARGA


  • pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurangnya 2 tahun berhenti kerja.
  •  PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy (RM20 juta)
  • cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari.
  • mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun.
  • 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.


ORANG ASLI

Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA;

DASAR TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN BUMIPUTERA


  • MARA Graduate Employability Training Scheme (RM200 juta).
  • Program peneraju profesional, Skil dan Tunas (RM90 juta);
  • Biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (RM2.5 bilion);


MEMARTABAT LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)


  • Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET (RM4.5 juta)
  • Pelan induk TVET Malaysia (RM4.9 bilion);
  • Institusi TVET di bawah 7 kementerian dijenamakan TVET Malaysia


SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SSP1M)


  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun.
  • Geran sepadan sehingga RM500 kepada pencarum (RM250 juta);


PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI PTPTN


  • 'Grace period' pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan
  • Menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40 (RM200 juta)
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji
  • Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran
  • Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman


BANTUAN PERSEKOLAHAN


  • Bantuan persekolahan RM100 seorang (RM328 juta).
  • Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan (RM2.9 bilion);


PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH


  • Membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan IBS (RM2.5 bilion)
  • Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah (RM550 juta);
  • Pembinaan pra-sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah dan menengah, dan kolej vokasional dan matrikulasi (RM654 juta)
  • PEMBANGUNAN SUKAN - Sekolah Sukan Bukit Jalil (RM20 juta).


KERJAYA DAN BAKAT TN50


  • Program perantis dan temuduga terbuka SL1M (RM40 juta);
  • Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan 1% daripada nilai projek bagi program SL1M;
  • Pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC;
  • Program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi.


MEMUPUK BUDAYA MENYIMPAN WANG GENERASI TN50

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) Dana Tabungan Permulaan bernilai RM200 (unit amanah saham) PNB untuk anak dilahirkan 1 Jan 2018-2022.

PENDIDIKAN UNTUK GENERASI TN50 - RM250 juta


  • Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  • Mempertingkatkan modul Komputer Sains yang termasuk program Coding;
  • Menaik taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 (RM190 juta).


MEMARTABAT PENDIDIKAN TINGGI


  • Biasiswa (RM2.2 bilion);
  • Geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA (RM400 juta);
  • Bantuan baucar buku bernilai RM250;
  • MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (RM90 juta).


KEMUDAHAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN KEBAJIKAN OKU


  • Potongan tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja yang disahkan PERKESO.
  • Mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.
Info Penuh Pasal Bajet, boleh download Teks Penuh Bajet 2018 >>>DI SINI<<<


Itulah serba sedikit pasal bajet kali… Sikit atau banyak, syukur sahaja… Rezeki dari Allah bukan dari manusia.. kerajaan tu sebagai perantaraan di dunia… Hakikat rezeki tu dari Allah…

Apa pun ini bajet ataupun anggaran… Jadi tak jadi atas kehendak Allah jua… Kita hanya merancang. Allah tentukan… Apa pun, itulah bukan senang nak buat bajet… Bajet keluarga pun kadang tunggang langgang apatah ini bajet Negara… Bukan mudah nak agihkan bagi adil dan saksama… Fikir positif sahaja… Belajar bersyukur dengan apa yang ada dan apa pun bajet ni tetap tak mengubahkan kehidupan kita apa-apa… Tetap kena usaha cari rezeki yang halal untuk keluarga… Jadi, kenapa perlu menyinga macam singa kan… Tetap juga kena kerja… Tak kerja, mana nak dapat rezekinya…

Bajet kerajaan dah ada, kita pula dah buat bajet keluarga??? Jangan sebab cuti bersalin dah naik, bajet keluarga lupa nak buat... hehe...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hee~ betul tu kak.. tak kisah la ape pun bajet kerajaan.. bajet 'kerajaan' rumahtangga ni lagi penting.. kalau tak dapat nak uruskan, pitam woo.. bukan salah kerajaan..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^