بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Tips Ringkas Jika Nak Berubah | Ramai kadang berniat nak berhijrah ke arah yang lebih baik, tapi ada sahaja yang menjadi penghalang.
Walau apa pun halangan, teruskan niat yang baik itu.
Di sini, MF kongsikan 5 tips ringkas jika nak berubah ke arah yang lebih baik.
1. NIAT
Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu.
2. MATLAMAT
Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.
3. BUANG ANGGAPAN SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan.
4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .
5. PEDULIKAN KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.
Sumber:Telegram channel
Bermula dari hati...terjemahkan dengan tindakkan.
BalasPadamSalam Jumaat indah.
Yup.. betul tu.. setuju dgn tips di atas.. nice sharing sis.. ^^
BalasPadamPokok pangkalnya berbalik pada diri sendiri jugakan MF. Jiwa kena kental gitu
BalasPadam