بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Rezeki Luas dan Meninggalkan Nama Yang Baik Selepas Kematian
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim". (HR Bukhari No: 1925) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita sentiasa mengharap sesuatu yang baik sama ada semasa hidup mahupun selepas mati.
2. Siapa yang ingin diluaskan rezekinya semasa hidup serta meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim.
Ayuh hubungkan silaturahim. Moga rezeki kita murah dan kematian kita meninggalkan kebaikan.
Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram
Fuhhh... rasa mencabar betul bila ustaz kata gitu... nak jaga silaturahim dengan orang yang kita tak kenal pun susah... apatah lagi yang pernah bermusuh kan...
Baik.Terima kasih MF. InsyaAllah.
ردحذفbaca mmg nmpk mudah tp nk laksanakan...aduyaiii
ردحذفemm...bagus perkongsian ni
ردحذفmacamana kita nak satukan hubungan dua saudara yang berenggang akibat salah faham?
terima kasih atas perkongsian...org skg hubungan silaturahim dah x berapa nak jaga
ردحذفAda ketikanya kita bersungguh menjaga silaturahim namun menyedihkan ada yang sengaja mencipta kekeruhan..
ردحذفTerima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ