GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

GANJARAN MEMPERMUDAHKAN ORANG YANG BERHUTANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ganjaran Memberi Kemudahan Kepada Pemutang

أَنَّ حُذَيْفَةَ حَدَّثَهُمْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَلَقَّتْ الْمَلَائِكَةُ رُوحَ رَجُلٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَقَالُوا أَعَمِلْتَ مِنْ الْخَيْرِ شَيْئًا قَالَ لَا قَالُوا تَذَكَّرْ قَالَ كُنْتُ أُدَايِنُ النَّاسَ فَآمُرُ فِتْيَانِي أَنْ يُنْظِرُوا الْمُعْسِرَ وَيَتَجَوَّزُوا عَنْ الْمُوسِرِ قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ تَجَوَّزُوا عَنْهُ

Bahawa Huzaifah telah menceritakan kepada mereka, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Beberapa Malaikat bertemu dengan roh seseorang sebelum kalian, lalu mereka bertanya: Apakah kamu pernah berbuat baik? . Dia menjawab: 'Tidak.' Mereka berkata: 'Cubalah kamu ingat-ingat! ' dia menjawab, 'Memang dulunya saya pernah memberikan hutang kepada orang lain, lantas saya perintahkan kepada pembantu saya agar memberikan tangguh kepada orang yang kesusahan, serta memberikan kelonggaran kepada yang berkecukupan'. Baginda melanjutkan: "Lantas Allah Azza wa jalla berfirman: 'Berilah kelapangan kepadanya'." (HR Muslim No: 2917)



Pengajaran:

1.  Orang yang melakukan kebaikan walaupun kecil tetap akan dihisab dan diberikan ganjaran

2.  Antara kebaikan yang digalakkan ialah memberikan pinjaman atau memberi hutang kepada orang yang memerlukan.

3.  Memberi hutang adalah amalan yang mulia bertujuan untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Hadis Nabi:

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (HR Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi).

4.  Bagi peminjam yang bermasalah untuk membayar mengikut tempoh, alangkah baiknya si pemberi hutang dengan rela hati memberikan tempoh penangguhan. Semoga dengan sifat tersebut akan memberikan kelapangan kepadanya apabila bertemu dengan Allah kelak

5.  Amalan berhutang tanpa keperluan yang mendesak adalah tidak digalakkan

6.  Membayar segera hutang adalah suatu tuntutan untuk mengelakkan segala amal baik seseorang tergantung.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

1Ulasan

  1. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang kurang berhutang...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ