GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

ADAKAH HIDUP KITA INI SATU SURATAN, PILIHAN ATAU KEBETULAN??? BACA KISAH INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


" Ustaz, kalau dah takdir Allah tentukan nasib saya celaka, maka saya tetap akan celaka dan akhirnya masuk neraka.

Maka, apa guna semua saya beramal? Saya usaha pun tiada guna kalau sudah ditakdirkan begitu. "

Sering dipersoalkan seperti ini kan?

Lalu seorang ustaz yang berkelulusan Sarjana Usuluddin dari Al-Azhar menjawab,

" Pertama begini, harus kita fahami sebaik-baiknya apa yang dimaksudkan dengan Qada' dan Qadar.

Qada' bermaksud, sesuatu keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah, tidak akan dapat diubah lagi.

Contoh, kita dilahirkan jantina perempuan, bangsa Melayu, warganegara Malaysia, lahir dalam keluarga yang sangat miskin.

Lahir-lahir sudah begitu takdirnya. Kita tidak boleh mempertikaikan kenapa aku mesti jadi perempuan? Kenapa tidak lelaki?

Kenapa mesti bangsa Melayu? Kenapa tidak Arab, kan mesti cantik wajah hidung mancung.

Kenapa keluarga miskin? Orang lain lahir kaya?

Tak boleh pertikaikan kerana Allah sudah tetapkan Qada' kita begitu.

Yang namanya Qadar pula, ini yang boleh diubah.

Ia diubah dengan SEBAB ikhtiar pilihan manusia, dan ada AKIBAT dari pilihan tersebut.

Contoh, kita sedar kita dilahirkan miskin. Lalu manusia diberikan akal istimewa oleh Allah untuk berfikir, untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Bagaimana dia mencari rezeki, bagaimana dia berusaha sungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan akhirnya dia berjaya menjadi orang kaya yang hartawan.

Itu adalah dengan SEBAB usahanya, maka AKIBAT atau kesannya dia berjaya menjadi kaya.

Allah sudah menurunkan wahyunya dari langit (Al-Quran dan Sunnah).

Allah sudah siap memberikan garis panduan untuk manusia memilih jalan kebaikan atau keburukan.

Kita berhak pilih, tiada orang boleh paksa kerana setiap keputusan adalah PILIHAN kita sendiri.

Allah akan memudahkan jalan atas pilihan itu.

Kalau kita dengar azan, tapi sebab ralit layan gadget, kita akhirnya lewat sembahyang.

Padahal kita boleh pilih untuk bangun segerakan solat atau terus melayannya?

Tiada orang boleh paksa kita kalau malas solat, malas zikrullah, malas ibadah.

Kita yang pilih. Kita yang pilih.

.

Jika hidayah yang kita pinta, pasti Allah akan tuntun ke arah jalan kebaikan. Dan amalan kebaikan itu akan membawa jalan menuju ke syurga.

Tapi jika hawa nafsu dan kejahatan yang sering diniatkan, maka Allah izinkan juga kejahatan itu berlaku namun Allah tidak redha untuk pilihan tersebut. Dan amalan keburukan itu akan membawa jalan menuju ke neraka.

Setiap pilihan itu akan menghantarkan pelakunya ke arah jalan tersebut.

Setiap orang yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah pasti akan dihitung, begitulah sebaliknya.

Dan takdir Qadar ini juga boleh diubah dengan doa.

Misalnya, Nabi Yunus a.s semasa ditelan dalam perut ikan. Baginda banyak berdoa lalu Allah selamatkannya.

Begitu juga kita di saat-saat gelap, buntu, seperti mustahil sudah tiada jalan keluar, maka dengan doa yang sungguh-sungguh itu Allah berikan keajaiban. "

.

" Tapi bagaimana ustaz, kalau kita dah berusaha sesungguhnya untuk sesuatu hal kebaikan, tetapi akhirnya tidak juga berhasil? "

" Maka usah kecewa, kerana itulah takdir Allah yang telah tetapkan. Mungkin kita dilihat gagal dalam ujian itu, tapi Allah sudah siap mengira kesemuanya kan?

Gagal di mata manusia, belum tentu gagal di mata Allah. Redhakan hati, nanti Allah akan bukakan jalan lain yang lebih baik.

Dalil dalam surah Al-Baqarah, mungkin apa yang kamu sukai itu tidak baik untuk kamu, dan begitulah sebaliknya. "

.

" Bagaimana pula tentang hadis yang mengatakan ada seseorang yang beramal dengan amalan syurga sepanjang hidupnya,

Tetapi sejengkal sebelum kematiannya dia melakukan kejahatan lalu dia meninggal dalam kekufuran dan dimasukkan ke neraka. "

" Ya ada hadis sohih tentang kisah itu. Ia tergantung kepada niatnya kerana Allah Maha Alim.

Kan ada yang pertama dihisab kelak iaitu orang yang syahid berjuang fi sabilillah, tapi dia dilempar ke neraka, kenapa?

Allah kata, dia bukan berjuang untuk-Ku, tetapi mahu kepada namanya masyhur disebut-sebut di dunia sebagai syahid.

Begitulah setiap dari kita beramal di atas niat masing-masing. Sebab itu Allah khususkan golongan munafik berada di dasar neraka kenapa?

Kerana munafik ni kadang orang tak kenal sikap mereka yang berpura-pura baik di hadapan manusia, bercakap hebat agama, tapi di belakang sebaliknya.

Allah sahaja yang lebih mengetahui apa yang ada di dada manusia.

Lalu, kita renungkan sahaja pada diri kita.

Mahu memilih jalan ke mana?

Jika niatnya benar kerana Allah, pasti Allah akan tuntun kepada jalan-Nya.

Jika syurga yang didamba, Allah amat tahu kesungguhan dan harapan kita untuk mendapatkan redha-Nya banyak mana.

Meskipun, Allah sudah siap menuliskan semua yang terjadi itu di Luh Mahfuz, dan Allah sememangnya sudah tahu pilihan mana yang kita pilih sepanjang hidup di dunia. "

Subhanallah.

Betapa Allah maha penyayang.

Tiada takdir yang buruk.

Semuanya baik selagi mana jalan yang dipilih 'bersama Allah.'

Renungan Surah Al-Lail ayat 4-10 :

" Sungguh, usahamu memang beraneka macam.

Maka barangsiapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,

Dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (iaitu syurga),

Maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan).

Dan adapun orang yang kikir dan merasakan dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah),

Serta mendustakan (pahala) yang terbaik,

Maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan). "

P/S: Artikel ni tak pasti kat mana dapat... tapi sangat berinspirasi untuk MF share di sini... mohon mahal tuan yang menulis artikel ini...

Rasa camne lepas baca artikel ni.. dah faham kan apa itu takdir dan usaha... pilihan, sebab dan akibat... bab ni kena faham betul sebab ada kaitan dengan akidah juga...  

2Ulasan

  1. memang kita sebagai hambaNya kena terima Qada dan Qadar. :)
    percaya dengan kuasa DOA. subhanallah

    BalasPadam
  2. Betul sgt...gagal dimata manusia...tp di mata Allah...dia yg lebih mengetahui...aminnnn semoga kita terus amal dan usaha sungguh2

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ