بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
*PENJUAL TAUHU*
Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual.
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang peliknya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

*PENGAJARAN*
Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri.
Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.```
“Jika Allah menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu.
Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu.
Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
*Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..*
Kisah begini buatkan kita faham apa itu makna redha.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Syukur seadanya.. Kerana rencana Allah tak pernah salah untuk kita... Allah tak kan zalimi hamba-Nya walaupun kita seringkali melupakan Dia.
Nikmat Mana Yang Hendak Kamu Dustakan???
tq 4 sharing.
BalasPadamperkongsian yg bagus maria.. betul tu, pemberian itu tidak semestinya apa yg kita mohonkan ia mungkin akan dtg dgn cara yang lain.. :)
BalasPadamterima kasih atas perkongsian =)
BalasPadamsebagai inspirasi
BalasPadamsalam kak penuh pengajaran ...
BalasPadamsalam kak penuh pengajaran ...
BalasPadam