GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak! | Biasanya, untuk menumis, kita guna minyak sawit atau minyak biasa. MF pula guna minyak bunga matahari. Tapi selepas terbaca status oleh Dr. Zubaidi di Facebook yang mengatakan bahawa minyak bunga matahari lebih tinggi kolestrol berbanding minyak sawit... buatkan MF terfikir nak guna minyak lain selain minyak sawit untuk menumis. Takde tujuan lain, melainkan untuk kesihatan seisi keluarga. 

Hari ni, MF terbaca artikel di Majalah RASA, minyak yang baik untuk menumis dan memberi rasa harum dan sedap ialah minyak bijan... dan masakan tu jadi lebih sedap bila digabungkan dengan sos ikan... 

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!
sumber: google images

Minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.

Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.

Antara Kebaikan Minyak Bijan untuk Kesihatan ialah:

Pencegahan Diabetes

Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.

Mengurangkan Tekanan Darah

Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.

Kesihatan Jantung

Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.

Anti Kanser

Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!
sumber: google images


Sos ikan pula sebagai penyedap rasa sesuatu masakan. MF tak pernah lagi masak dan guna sos ikan dalam masakan. Tapi rasa nak mencuba lah lepas ni... Tambahan pula, dah dapat resepi untuk buat sos ikan sendiri. 

Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.


RESEPI SOS IKAN NAMPLA


Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet.

BAHAN-BAHAN:

600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar

CARA MEMBUAT:

1.    Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
2.    Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
3.    Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
4.   Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

*Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan.

Kesimpulannya, penggunaan minyak bijan dan sos ikan bertujuan untuk menyedapkan sesuatu masakan. Penggunaannya mungkin tidak sesuai untuk semua jenis resipi. Guna ikut citarasa dan secara sederhana. 

Menarik dua bahan masakan ni... Rasa nak mencuba juga guna dalam masakan... Minyak bijan untuk lebih khasiat dan sos ikan boleh ganti garam... Kalau masak sayur mesti sedap juga ni kan.. ada kelainan. 

Lepas boleh gantikan garam dengan sos ikan dalam masakan... Mesti rasanya lain kan... 

Diolah daripada: Majalah RASA

3Ulasan

  1. samalah,tak pernah guna jugak...boleh try resepi ni

    BalasPadam
  2. salam...
    salam kenal dari saya jiwatani

    BalasPadam
  3. hmmm aida menumis / memasak, guna minyak sawit.
    dulu guna minyak jagung, but tukar sudah :)
    minyak bijan ada tapi guna utk certain masakan saje, maria.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ