GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Memandulkan Kucing!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kucing antara haiwan yang cepat membiak... Memang takde pantang haiwan nih... sekali beranak bukan seekor pula tu kan... Dah tu, jalan mudah mandulkan supaya dia tak beranak lagi... Cara mandulkan tu ada yang bagi makan pil, makan ragi dan pelbagai cara moden yang lain... Tapi, bagaimana status hukumnya... Tak ke dikira berdosa, sebab macam sengaja tak nak dia membiak... 

Berikut penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


PERSOALAN:
Ingin memohon penjelasan tentang hukum memandulkan/kasi kucing peliharaan kerana sekarang saya memiliki 6 ekor kucing. Ada yang berkata harus tapi ada juga yang kata haram. Saya keliru. Mohon penjelasan tuan mufti agar saya tidak membuat keputusan yang salah dan berdosa.

JAWAPAN:
Hukum memandulkan haiwan yang tidak dimakan ialah haram dalam mazhab al-Shafie. Dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177):

قَالَ الْبَغَوِيّ وَالرَّافِعِيُّ لَا يَجُوزُ خِصَاءُ حَيَوَانٍ لَا يُؤْكَلُ لَا فِي صِغَرِهِ وَلَا فِي كِبَرِهِ قَالَ وَيَجُوزُ خِصَاءُ الْمَأْكُولِ فِي صِغَرِهِ لِأَنَّ فِيهِ غَرَضًا وَهُوَ طِيبُ لَحْمِهِ وَلَا يَجُوزُ فِي كِبَرِهِ وَوَجْهُ قَوْلِهِمَا أَنَّهُ دَاخِلٌ فِي عُمُومِ قَوْله تَعَالَى إخْبَارًا عَنْ الشَّيْطَانِ (وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خلق الله) فَخَصَّصَ مِنْهُ الْخِتَانَ وَالْوَسْمَ وَنَحْوَهُمَا وَبَقِيَ الْبَاقِي دَاخِلًا فِي عُمُومِ الذَّمِّ وَالنَّهْيِ
Maksudnya: Telah berkata al-Baghawi dan al-Rafie bahawa tidak boleh memandulkan bintang yang tidak dimakan, sama ada semasa kecil atau dewasa. Mereka juga berkata bahawa harus memandulkan binatang yang boleh dimakan ketika kecilnya kerana untuk mendapatkan daging yang bagus, tetapi tidak boleh ketika dewasanya. Sudut pandangan kedua-dua syeikh ini sebenarnya terangkum dalam keumuman firman Allah Taala yang mengkhabarkan perihal hasutan syaitan: “Aku akan menyuruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah” (Surah al-Nisa’, 4:119). Kemudian dikhaskan khitan haiwan dan menanda badan menggunakan besi panas, dan seumpama keduanya, maka yang berbaki termasuk dalam perbuatan terkutuk dan larangan. 
Sebaiknya kami mencadangkan agar dilepaskan sahaja kucing-kucing yang tidak diperlukan atau diiklankan untuk diberi kepada orang lain. Itu lebih baik dan keluar daripada khilaf.
Wallahua’lam.

Jadi, langkah terbaik ialah lepaskan sahaja dia bebas jika tak mampu nak bela banyak-banyak... Ibu bapa MF bela juga kucing, jika dulu kami suka bela kucing jantan sahaja... betina memang tak nak... Tapi sekarang ni bela juga yang betina tapi terkawal lah setakat ni... Tapi tak dapat anak pun sebab jenis tak reti pula nak jaga anak sendiri... Kalau difikirkan pun memang kesiankan mandulkan dia...sebab macam sekat fitrah dia pula kan... memang dia boleh mengawan, tapi masih dikatakan menyekat. 

2Ulasan

  1. Ada 7 dkt rumah. Tapi 3 kali bunting lepas tu, beranak semua anak dia mati. Mungkin sbb Tuhan tahu dah tak mampu jaga dan kami ada niat nak jual, sbb tu mati ko.

    BalasPadam
  2. Kalau difikir secara waras pun tak sampai hati mandulkan..terima kasih cikgu MF atas perkongsian ini...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ