GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Tips Bahagikan Masa Antara Anak dan Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memang dilema juga memula ada anak... antara nak uruskan anak dan melayan suami... memang pening dan rasa tak mampu juga memula...

Jangan tak tahu..ada juga suami merajuk sebab kurang perhatian isteri... isteri asyik lebihkan anak je...

Jangan begitu... jangan jadikan anak sebagai alasan. Jangan sebab anak buatkan hubungan suami isteri jadi renggang pula...

Jadi beberapa tips untuk dikongsi dan diamalkan oleh para isteri... agar anak terurus dan suami isteri semakin erat.

1. Sama-sama layan anak bermain.
Bermainlah dengan anak bersama-sama suami agar masa tersebut dapat dirasai oleh kedua-dua anak dan suami. Mainlah apa sahaja. atau buat homeschooling bersama. 

2. Bijak sembang topik dengan suami.
Kadang-kadang kita rasakan tidak adil jika suami marah kita bercakap tentang anak-anak, sedangkan anak adalah milik bersama yang perlu diberi perhatian. Namun, rancang supaya ada waktu kita bercakap tentang anak, ada waktu bercakap tentang hubungan kita dengan suami juga, ada waktu untuk membelai anak-anak dan ada waktu untuk bermanja dengan suami. Layanlah juga suami bercakap tentang hobinya, malah berilah sokongan tentang kerjayanya. Jangan setiap masa sembang dan adu pasal anak je... pandai-pandai bincangkan topik menarik.. isu semasa, viral semasa ke..drama tv ke...

3. Kekal bergaya dan seksi di rumah.
Lelaki yang fitrahnya suka pada wanita cantik, bergaya pakaian dan menarik. Jangan biarkan dah beranak pinak alasan nak bergaya tu takde masa... Suami pun belilah apa sahaja pakaian yang nampak menarik di mata dia untuk kekalkan gaya si isteri di mata dia.

4. Cari masa untuk dating dengan suami
Elakkan daripada ketiadaan masa untuk bersama suami, apatah lagi suami telah pun begitu lama bersabar sepanjang waktu pantang kita. Memang diyakini suami akan memahami dan boleh bertoleransi, tetapi jangan sampai dia terasa kehilangan langsung.

5. Bahagikan masa antara suami dan anak.
Ada benarnya juga sesetengah suami mengadu, seolah-olah kehidupan isteri seharian hanya untuk anak semata-mata. Bagi adil, bahagikan masa kita bersama anak, wujudkan juga masa suami bersama anak dan masa kita bersama suami. Jangan sesekali kita gunakan alasan anak untuk tidak bersama suami. Waktu anak tidur layanlah suami... Bagilah mainan tertentu dan sesekali biarkan anak main dengan mainannya sendiri...dan kita habiskan masa dengan melayan suami.

6. Pantas bertindak bila suami meminta sesuatu.
Jangan biarkan sesuatu permintaan suami diulang lebih dua kali. Ini kerana permintaan yang diulang bermaksud serius dan penting untuk diberi perhatian, sekiranya diulang lebih tiga kali atau suami mulai berdiam selepas mengulang beberapa kali, mungkin bermakna dia berjauh hati atau terasa tidak diendahkan. Kalau kena tinggalkan anak kejap...sebab nak buat air... Tinggalkan kejap... Tak pun dukung je... Tak pun bagi je anak tu minta suami tengokkan.. sementara kita buat air untuk suami...

7. Sayangilah anak, tetapi hormatilah suami.
Uruskan anak, tetapi jangan lupa jaga penampilan cantik untuk suami. Elakkan tidur bersama anak, kerana suami juga memerlukan kita sebagai temannya. Hormati fitrah suami, mudah-mudahan suami juga mudah bertoleransi untuk kebahagiaan kita. Bagi anak yang menyusu badan, jangan letak anak ditengah dan terpisah antara suami dan isteri... biarkan anak tidur ditepi, dan ibu bapa ditengah... Jangan jadikan anak pemisah ketika tidur suami isteri... Kekalkan cara tidur bersama walaupun ada anak kecil. Kalau orang Barat, dia memang ajar anak kecil tidur di bilik atau katil berasingan... tujuannya nak jaga hubungan suami isteri tu... 

Sumber rujukan: Karangkraf.com

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ