GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Saya Sedar Semuanya Setelah Menjadi Seorang IBU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Ibu adalah segalanya. Kalau anak menangis nak susu atau makan, mesti cari ibu, nak tidur pun nak ibu, bila sakit ibu juga dicari. Ibulah tukang masak, doktor, tukang cuci, pakar kaunseling, cikgu, dan bermacam lagi pekerjaan di dunia ini sesuai untuk yang bergelar ibu.

Mungkin sebelum menjadi ibu kita tidak sedar tentang beberapa perkara ini. Tapi selepas dah jadi ibu baru sedar bahawa banyaknya perngorbanan ibu sepanjang nak besarkan kita. Kerana itu juga kita tahu kenapa Islam begitu memuliakan seorang ibu. 

Pengorbanan Seorang ibu
Bila ada anak sendiri barulah kita sedar betapa susahnya ibu kita dahulu membesarkan kita. Rasa sakit dan susah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak membuatkan kita tambah menghargai dan menyayangi ibu kita. Jika nak kenangkan, boleh jatuh air mata.... Mak MF banyak berkorban, tambahan dalam ramai adik beradik MF yang ada asma teruk sejak lahir.... Aduhai... Tak terjangkau, pengorbanan itu... Alhamdulillah, anak-anak MF tak de asma... Itulah... Allah dah uji MF dengan sakit sejak kecil, jadi Alhamdulillah Allah bagi senang bila ada anak... Tapi tetap tak lupa pengobanan mak bapa MF.

Kasih sayang tanpa syarat
Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak tersayang selamat dan selesa. Itulah naluri semula jadi seorang ibu! Risau seorang ibu sampai ke dewasa. Kasihnya takde sebab... Itulah istimewa ibu dan bapa.

Betapa istimewa dan bernasib baiknya kita
Keibuan bukan sesuatu perkara yang boleh dijual beli. Bersyukurlah kerana diberi nikmat menjadi seorang ibu untuk membesarkan anak. Tak semua orang mampu jadi ibu... Jadi, bersyukur jika kita dapat nikmat tu... Jadi, jangan terlalu menunjuk keseronokan kita menjadi ibu, takut-takut mengguriskan hati orang yang tak berpeluang seperti kita.

Sikitnya yang kita tahu sebenarnya!
“Mama kenapa kucing suka makan ikan?”, “Mama kenapa langit warna biru?”, “Mama kenapa ..itu..kenapa ini...? dan banyak lagi soalan-soalan akan muncul dari bibir si comel. Bersedialah dan mula rajin cari info di Google ya mama. Hahaha... Bila jadi mak ni, tambah mak kepada anak banyak tanya pula tu kan... Kena la rajinkan diri mencari ilmu... Bahkan kena bijak cari jawapan yang meyakinkan anak. Untuk anak-anak MF, banyak kaitkan sesuatu tu dengan ciptaan Ilahi... Ini penting untuk dia kenal Pencipta Alam dan juga sebagai pemantapan akidah. 

Masa berseorangan itu sangat membahagiakan
Mungkin dulu kita tak menghargai pun jika ada masa untuk diri sendiri. Tetapi bila sudah mempunyai anak, dan ada peluang mempunyai masa untuk berseorangan, anda akan merasa sangat bahagia walaupun cuma 10 minit. Ingat ya ibu, anda juga perlu ada masa untuk diri sendiri. Kadang kala ‘me time’ itu penting untuk anda menarik nafas lega seketika. Namun bagi MF, ada anak lebih membahagiakan... Me time itu maknanya masa bersama keluarga bagi MF... kerana itulah anugerah Allah.. kenapa perlu nak tinggalkan anak hanya sebab nak bersendirian... Bila dah ada anak, terasa sunyi walaupun anak hanya tidur je kan... jadi, tiada istilah berseorangan bila dah bergelar ibu. Bahkan tak pernah tinggal anak semata-mata nak pergi bercuti... Kursus pun tetap bawa suami dan anak-anak. Itulah kehidupan yang sebenarnya bagi MF selepas berkahwin dan ada anak.

Pantasnya masa berlalu
Rasanya baru semalam melahirkan si kecil. Baru semalam bangun berjaga malam menyusukan si kecil. Baru semalam mengajarnya bertatih. Hari ini dia sudah petah berkata-kata dan akan melangkah ke sekolah. Sekejapnya dia sudah membesar! Jadi nikmati pahit manis momen seorang ibu. Memang indah jika dikenang. Si adik ni lagi empat bulan nak genap dua tahun... Bakal putus susu lagi. Bila putus susu mula lah rindu moment nak anak kecil lagi kan... Tapi dah bincang dengan suami... Yang kali ni, jarak sikit atas sebab-sebab tertentu. Biarlah orang nak kata pe pun... Bab rancang anak tak perlu dipertikaikan... Atas hak dan perancangan masing-masing kan.

Anda kuat daripada yang dijangka
Jika difikirkan kembali, anda mungkin seorang wanita yang lemah lembut dan dianggap penakut tetapi hakikatnya anda seorang yang kuat luar dan dalam. Ibu jadi kuat bila fikirkan anak. Entah dari mana kekuatan itu datang... Itulah dari naluri ibu...
Diolah dari: Karangkraf.com

6Ulasan

  1. taouching pulak baca kisah ni.. tapi dkna setuju dengan semuanya.. :)

    BalasPadam
  2. betul.. bila dah jadi ibu, baru rasa semua pengorbanan tu..

    BalasPadam
  3. Bila dah jadi ibu baru tau macamana perasaan ibu kita masa membesarkan anak-anak....jasa ibu memang tiada tandingan....

    BalasPadam
  4. betul tu MF..setelah bergelar ibu baru faham hati seorang ibu,,nak dapatkan masa untuk diri sendiri pun payah..

    BalasPadam
  5. Betul tu, LM. Bila dah jadi ibu barulah kita mengerti pengorbanan yang ibu kita lakukan. Nikmat tak terkata dapat jadi seorang ibu ni. Hari-hari bersama anak-anak merupakan hari baru yang sungguh bahagia walaupun adakalanya sikap mereka mengganggu-gugat kesabaran kita sebagai ibu. Mulalah juga sedih bila mengenangkan anak-anak semakin membesar dan masa yang pantas sangat berlalu ni...

    BalasPadam
  6. saya pun tak ada me time...kegembiraan saya dengan anak-anak
    sebab tu kemana aje pergi, diorang pasti saya heret sama
    memang tak penah berseronok tanpa diorang...
    betullah kata maria tu, dah jadi mak ni, baru kita faham perasaan sebenar mak kita dulu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ