GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suntikan Mantaoux: Ujian Saringan Tibi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam ada check up tibi kat sekolah... Semua pelajar dan guru digalakkan buat check up tu... Memula tak tahu sangat.. Tapi MF buat juga pembacaan sedikit.. Jadi MF pun buat.. Untuk pastikan ada atau tak virus tibi dalam badan.

Macam-macam ragam tengok pelajar-pelajar ni... Ada yang menangis, menjerit.. Menggigil..berpeluh.. Dan hampir pitam.. Angkara takut jarumm.. Padahal tak sakit pun.. Sebab suntikan ni hanya di bawah kulit..

Sempat MF captured gambar-gambar ni.. Buat kenangan.. Hehe.. 


Sedikit info berkaitan suntikan tibi dan penyakit Tibi..

Tanda-tanda dan gejala
Jangkitan tibi pada organ paru-paru melebihi 90 peratus pesakit. Ini bermakna tanda-tanda dan gejala umum penyakit ini lebih berkait rapat dengan paru-paru.

Gejala yang biasa berlaku ialah:

- Batuk lebih daripada dua minggu
- Demam berpanjangan
- Berpeluh waktu malam
- Kurang selera makan
- Hilang berat badan
- Penat, letih dan lesu
- Muntah berdarah
- Gangguan suara.

Tanda-tanda dan gejala-gejala di atas hampir serupa dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.

Sekiranya sejarah pesakit berhubung kait dengan anggota keluarga yang menghidap tibi, ia dinamakan `Kontek Tibi'. Dalam kes ini risiko jangkitan adalah terlalu tinggi dan pemeriksaan perlu dilakukan segera.

Tibi juga boleh berjangkit pada bahagian-bahagian lain badan manusia seperti kelenjar lymph, otak, jantung, tulang dan saluran gastrointestinal (pemakanan).

Tanda-tanda dan gejala jangkitan mempunyai hubung kait dengan organ yang telah dijangkiti seperti bengkak kelenjar, pening kepala, bengkak tulang dan keadaan kurang selesa di saluran usus.

Tibi paru-paru atau Pulmonary TB merupakan jangkitan yang kerap berlaku jika dibandingkan dengan organ-organ lain manusia.

Sehubungan itu, pemeriksaan kahak melalui mikroskop perlu dijalankan bagi membolehkan basillai tibi dikesan di dalam kahak pesakit.

Proses berkenaan digunakan 100 peratus untuk mengesan jangkitan penyakit tibi. Bagaimanapun, hanya satu contoh kahak pesakit tidak mencukupi untuk mengesan penyakit itu.

Biasanya proses tersebut memerlukan sebanyak tiga contoh pemeriksaan untuk digunakan sebagai perbandingan keputusan.

Selain itu, pemeriksaan X-ray pada bahagian dada juga perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap jangkitan dan kerosakan sel paru-paru yang telah dijangkiti.

Apa yang menjadi kebimbangan kini ialah sebahagian klinik swasta tidak memiliki kemudahan pemeriksaan tersebut bagi tujuan mendiagnosa penyakit tibi dan akhirnya pesakit terpaksa dirujuk di hospital kerajaan.

Satu lagi cara untuk menyiasat jangkitan penyakit tibi ialah dengan cara ujian Mantoux.

Ujian itu dijalankan dengan menyuntik cecair Tuberculin dengan dos yang rendah di bahagian kulit tangan kiri.

Selepas 72 jam pesakit dikehendaki datang ke klinik untuk menentukan sama ada berlaku sebarang reaksi pada bahagian yang disuntik.

Sekiranya pesakit telah terdedah dengan jangkitan di bahagian kulit berkenaan ia akan menampakkan tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm (1cm).

Sementara itu, bagi mengesan tibi untuk organ yang lain pula, tisu organ yang dijangkiti diperlukan bagi tujuan Biopsy. Sekiranya ada tanda-tanda bengkak di sisi leher, maka tisu pada bahagian tersebut diperlukan.

Rawatan
Rawatan penyakit tibi memerlukan tempoh yang lama. Ia disebabkan oleh Mycobecteriam Baccillai yang sukar untuk dihapuskan kerana ia akan menjadi kebal (resistant).

Rawatan bagi penyakit tibi memerlukan pengambilan antibiotik dalam tempoh enam bulan bagi menyembuhkan pesakit.

Bagi dua bulan pertama rawatan, pesakit dikehendaki mengambil ubat antitibi setiap hari dan sekiranya ada kejayaan pada tahap rawatan berkenaan pesakit dikehendaki mengikuti rawatan selama empat bulan berikutnya yang mana pesakit diperlukan mengambil ubat antitibi dua kali seminggu.

Ubat antitibi boleh diambil dalam bentuk suntikan atau tablet. Dalam tempoh rawatan tersebut segelintir pesakit akan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat tersebut. Namun, ia tidak berbahaya serta boleh dikawal. Sepanjang rawatan penyakit tibi, pesakit memerlukan kesungguhan untuk membolehkan mereka menamatkan rawatan.

Pemeriksaan yang tidak mematuhi jadual rawatan memungkinkan berlakunya kekebalan ubat antitibi (TB Drugs Resistant).

Jika situasi itu berlaku pesakit memerlukan rawatan ubat toksik yang lebih mahal harganya dan tempoh rawatan akan memakan masa lebih daripada dua tahun.

Komplikasi penyakit tibi
Penghidap tibi yang mendapatkan rawatan awal tidak akan mengalami komplikasi kerana kerosakan di bahagian sel, paru-paru adalah rendah.

sumber: Utusan Malaysia

Alhamdulillah... Bekas suntikan MF reda lepas petang tu.. Memula tu bengkak juga la.. Risau dah.. Pastu baca selawat sikit... Alhamdulillah.. Reda dan takde bengkak.. Tinggal bekas jarum je... 

9Ulasan

  1. my kakak pernah kena tibi . mujurnya dia staff hospital . jadi urusannya jadi mudah .

    BalasPadam
  2. bagus juga ye sebab jabatan kesihatan datang kesekolah untuk buat pemeriksaaan..rugi la kalau tak buat ..kan??

    MF..gambar kecik sangt..tak jelas..bila MF upload gambar ke blog,lepas upload tu klik gambar dan klik kat x-large.lepas tu klik html dan ubah cod with=640 kepada 550..nanti gambar jadi muat2 kat blog..saja kongsi tips.kalau dah tau abaikan..eheheh

    BalasPadam
  3. takutnya bila baca ttg tibi ni...tak tahu pula jbtn kesihtan sekrg ada buat pemeriksaan tibi kt sek

    zinziemeewah

    BalasPadam
  4. Seronok tgk ragam bdk nk kena inject, mmg kelakar ;)

    BalasPadam
  5. Selalu jabatan pergigian je yang hadir kat sekolah... Seronok kalau semua sekolah menerima kehadiran ''klinik bergerak'' ni kan?? Penyakit tibi memang agak bahaya...

    BalasPadam
  6. Terima kasih sebab share detail cara detect tibi ni yer. Kami baru jer terlibat secara tidak langsung dengan tibi ni. Risau gak...hu hu



    Saya sharing info tibi sikit kat umah saya yg baru setahun jagung.


    http://rizqullah4us.blogspot.com/2015/05/tibi-dan-cara-mengubatinya.html?m=1

    Jemput datang yer. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  7. arghh..minggu hadapan hari Ahad ade cucuk tb ..rupenye suntik lhai..aq ingat ape..satu kelas x tahu tb tu pe..ingt tv..hehe..aq form 2..smkbbu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ