GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Seksanya Sakit Rahang Kiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hari pertama persekolahan... berjalan dengan lancar.. yang tak lancarnya MF... balik dari sekolah.. MF perasan, MF sakit bahagian mulut sebelah kiri... dalam hati kata, aihh... tak kan banyak cakap dah sakit.. mula ingatkan sakit gigi.. tapi bila check sendiri gigi.. takde satu pun yang sakit... 

Balik rumah, bagitau suami... suami kata tu tanda nak jadi beguk la tu.. aduhaii.. dalam hati risau dah... tak kan kot... maka, MF pun baca-bacalah apa yang patut dan gosokkan kat tempat yang sakit... malam nak tidur tu baru perasan, MF sakit kat pangkal telinga dan tak boleh buka mulut luas-luas.. nak makan susah la sikit... lepas tu tak boleh nak kunyah benda yang keras sikit.. memang seksa nak makan.. tapi redha je.. sakitkan penghapus dosa... 

Tapi, dalam masa yang sama.. MF cari juga info, apa sakit MF ni.. sebab sekarang ramai yang kena minor strok... yang strok saraf muka tu kan... kawan MF dah dua orang kena penyakit tu.. tu yang MF risau tu... jadi, MF cari dan cari... sekali MF jumpa info ini kat sini... 

MF terkena penyakit sakit sendi rahang... 
Bayangkan keadaan di mana ketika anda baru bangun dari tidur, tiba-tiba terasa sakit di hadapan kedua-dua telinga atau lebih tepat di pangkal rahang. Sakit yang dialami seperti dicucuk-cucuk dan amat mengilukan, disertai dengan denyutan seperti sakit gigi yang berlarutan sehingga petang dan adakala berhari-hari lamanya. 
Semestinya situasi itu menyebabkan anda mengalami gangguan emosi dengan rutin harian turut terbatas kerana sakit tersebut membuatkan rasa tidak selesa dan resah. 
Jika anda pernah mengalami atau sedang mengalami situasi ini, tindakan sewajarnya perlu dilakukan segera. Segera berjumpa doktor kerana berkemungkinan anda sedang menanggung kesakitan akibat sakit sendi rahang. 
Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial dari Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr. Roslan Abdul Rahman, sakit sendi rahang bukan berada dalam kategori penyakit berbahaya, tetapi ia merupakan antara penyakit yang kerap ditemui dalam kalangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di hospital. 
“Penyakit ini tidak memilih mangsa kerana ia boleh menyerang semua golongan peringkat umur daripada usia seawal 12 tahun sehingga mencecah lewat 70-an. 
“Individu yang diserang sakit sendi rahang lazimnya tidak mengetahui atau tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut sehingga kesakitan yang dialami tidak dapat dikawal. 
“Apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat pada bahagian hadapan telinga, biasanya mereka akan terkejut jika diberitahu ia langsung tiada kaitan dengan sakit gigi sebaliknya mereka menghidap sakit sendi rahang," jelasnya. 
Menurut Dr. Roslan lagi, disebabkan sakit tersebut datang secara mengejut, individu yang sedang menghadapi situasi itu akan menjadi keliru berikutan pelbagai rasa rasa sakit yang mereka sendiri sukar untuk menjelaskannya. 
Katanya, penyakit sakit sendi rahang tidak mempunyai punca yang spesifik apabila menyerang mangsanya, termasuk pada mereka yang tidak mempunyai sejarah pernah terlibat dalam kemalangan. 
"Antara faktor kemungkinannya ialah rahang telah berubah kedudukan menyebabkan gigi berada dalam keadaan tidak seimbang. 
"Akibatnya pesakit berkemungkinan mempunyai masalah gigitan tidak normal tetapi tidak pernah menyedarinya. Keadaan gigi tidak seimbang ini menyebabkan daya kunyahan antara rahang kanan dan kiri turut terjejas," katanya. 
Menurut Dr. Roslan lagi, antara petanda awal yang boleh dikenalpasti ialah wujud rasa sakit yang tiba-tiba pada bahagian hadapan kedua-dua belah telinga. 
Sakit tersebut juga boleh menyerupai seperti sakit gigi dan denyutan kuat pada kepala seperti sakit kerana migrain. 
“Selain itu, faktor tekanan juga berhubung kait dengan kesakitan yang dialami. Walaupun tiada bukti kukuh hubung kait tekanan dengan sakit sendi rahang, tetapi berdasarkan rawatan yang dilakukan kepada sebahagian pesakit melalui aduan dan masalah yang dihadapi, tidak dinafikan individu yang mempunyai tekanan tidak terkawal turut mempunyai risikonya," katanya. 
Dr. Roslan menambah, apabila seseorang yang sedang berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit, secara tiba-tiba diserang penyakit sakit sendi rahang, ia akan mengakibatkan emosi mereka terganggu dan aktiviti harian turut terjejas. 
“Kesan penyakit ini terutama jika berada pada tahap kronik menyebabkan pesakit mempunyai kesukaran untuk membuka mulut terutamanya untuk tujuan komunikasi, makan dan minum. 
“Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini tidak tahu mereka sedang menghidap sakit sendi rahang. Sebahagiannya yang menganggap sakit itu biasa dan boleh hilang menyebabkan mereka membiarkannya sehingga beberapa hari sebelum berjumpa doktor," katanya. 
Prosedur rawatan
Katanya, terdapat beberapa prosedur akan dilakukan kepada pesakit bagi mengenal pasti penyakit sendi rahang sebelum melakukan rawatan selanjutnya. 
“Selepas pakar mendiagnosis individu tersebut mendapat sakit sendi rahang, beberapa langkah pemeriksaan penting akan dilakukan dengan terperinci pada bahagian yang sedang dialami pesakit. 
“Sendi pada bahagian rahang mempunyai struktur tisu lembut yang bertujuan melindungi permukaan rahang tersebut. 
"Penyakit sakit sendi rahang yang terjadi melibatkan otot dan tisu lembut seperti ligamen yang membentuk dan mengelilingi rahang itu tercedera. Pemeriksaan lanjut seperti ujian X-ray dan MRI diperlukan bertujuan melihat kedudukan sendi pada bahagian rahang dengan jelas dan mudah," ujarnya. 
Beliau berkata, bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami, pesakit akan diberikan beberapa rawatan dan ubatan dalam jangka masa tertentu. 
“Pesakit akan diberikan peralatan khusus untuk dipakai pesakit sewaktu mereka tidur bagi mengelakkan mereka menggigit atau mengisar gigi ketika tidur. Mereka juga dibekalkan dengan ubat penahan sakit seperti analgesik bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami. 
“Selain itu mereka juga dinasihati mengelakkan daripada memakan makanan keras dan tidak membuka mulut secara luas sama ada ketika ketawa mahupun bercakap dan makan. 
"Langkah berkesan juga ialah dengan melakukan senaman rahang bertujuan membetulkan kembali tisu lembut dan kedudukan sendi rahang yang tercedera," katanya. - Utusan Malaysia
Jadi, MF dah tahu la punca sakit MF ni... haha... nak tergelak pula pasal puncanya.. MF stress yang tak terkawal.. stress kat mana entah la.. MF rasa MF takdelah stress pun.. ok je.. Tapi MF dah mula juga buat senaman muka dengan makan chewing gum... dah lama tak makan gula-gula getah... lepas ni kena amalkan semula la gula-gula getah ni... bagus la sesiapa yang rajin makan chewing gum ni kan.. buat senaman muka.. baru otot rahan stabil dan tak lari... hehe... 


Jom amalkan senaman muka... jangan banyak bercakap dan ketawa perkara yang sia-sia sebenarnya..itulah Allah nak bagitau bila kena sakit ni.. hehe.. jadi, MF dah tak banyak cakap sangat dah la ni..kalau takde hal yang penting... cakap yang penting je dah cukup..  jadi, jangan banyak cakap sangat ye... 

10Ulasan

  1. pernah jugak kena mcm ni.. rasa cramp je.. lagi2 kalau sangap.. ayoo rasa mcm xboleh nak tutup je mulut tu nanti..dah ngangaaaa je laa..hahah

    BalasPadam
  2. takut jugak kalau kena..nak kena buat senaman rahang awal2 la..

    BalasPadam
  3. Selalu jugak dapat patient dengan penyakit macam ni.
    Check macam2 memang takde masalah.
    Mmg xlain x bukan penyakit masalah pada jaw lah.
    Sepatutnya patient kena jumpa doktor gigi, tapi mereka suka jumpa kami yang bukan doktor gigi ni.

    BalasPadam
  4. Kalau bab2 rahang ni mmg sakit sgt tu...

    BalasPadam
  5. ini ilmu baru ni. kena amal semulalah chwing gum ni. seram sejuk pula fkir sakitnya

    BalasPadam
  6. Baru tau ni. Walauapapun moga cepat sembuh.. Amin. .

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ