Ciri-Ciri Suami Mithali - Part 1

4
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



1) Seorang yang soleh
  • Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada. 
  • Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik. 
  • Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya. 
  • Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa.

2) Berwajah manis
  • Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri. 
  • Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir : 
    • Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri. 
    • Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu. 
    • Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah.

3) Panggilan mesra
  • Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna. 
    • Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik. 
    • Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut. 
    • Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut. 
    • Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai. 
    • Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya.

4) Tolong-menolong 
  • Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga. 
  • Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain. 
  • Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat. 
  • Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian.

Kongsikan artikel ini dengan para suami... moga si isteri dapat membentuk dan membantu suami menjadi suami mithali... Nantikan sambungannya...

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. terima kasih atas entri ini..inshaALLAH , ingatan yang bagus bila jadi suami nanti

    BalasPadam
  2. Sedang mengusahakan diri menjadi suami mithali. Hehe. Apa pun, perkahwinan mengajar erti hidup dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..barulah rumahtangga bahagia kan :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, suami selalu ingin jadi yang terbaik untuk Sha :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan